Header Ads

Lelaki Ini Hampir Menjadi Mangsa Taktik Terbaru Penipuan Panggilan Dari Bank, Hati-Hati Semua




Beberapa hari yang lalu, seorang netizen yang hanya mahu dikenali sebagai Dan, telah menerima satu panggilan dari 'scammer' yang menggunakan nombor telefon milik salah satu bank terkemuka di negara ini. 

Apabila dia menjawab panggilan tersebut, dia menerima satu rakaman suara automatik yang memaklumkan bahawa dia mempunyai bayaran tertunggak selama 3 bulan dan telah berhutang dengan bank sebanyak RM3,375. Jika ingin penjelasan lanjut, dia perlu menekan butang 9 dan dia menekan butang tersebut. 

Seorang ejen khidmat pelanggan menjawab panggilan tersebut dan saya memberitahu tentang maklumat dari rakaman suara automatik tadi. Ejen tersebut meminta nombor kad pengenalan dan selepas diperiksa, ejen tersebut memberitahu bahawa saya ada membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dari bank tersebut. 

Apabila Dan menafikan perkara tersebut, perbualan mereka menjadi panas kerana ejen tetap berkeras mengatakan Dan telah mengambil pinjaman tersebut. Penipu yang biadap itu kemudian berpura-pura bertanya sama ada pernah ke Pulau Pinang sebelum ini dan dia mengatakan ya. 


'Penipu tersebut kemudian memberitahu saya untuk membuat laporan polis dan saya menerima tawaran tersebut dan telah disambungkan kepada talian 999'. 

'Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan menyapa saya dengan 'Selamat Tengah Hari, Balai Polis Pulau Pinang'. Beliau terus meletakkan telefon tersebut kerana dia sudah mengagak bahawa ianya adalah satu bentuk penipuan. 

'Pertama sekali, ejen khidmat pelanggan dari bank tak akan bertindak kurang ajar dengan pelanggannya. Kedua, adakah seorang pekerja bank boleh sambungkan talian ke 999? Panggilan dijawab dalam masa 5 saat! Ketiga, bagaimana balai polis di pulau pinang yang menjawab panggilan 999 itu?' 

Untuk mendapatkan kepastian, Dan menelefon pihak Bank dan mendapat maklumat dari pihak bank sendiri terdapatnya penipuan yang sedang berlaku. Nampaknya, penipu tersebut berjaya menghubungi mangsa dengan menggunakan nombor telefon dari bank dengan bantuan satu alat sulit. 

Perkokngsian Dan itu telah menjadi viral sehingga mendapat 18,000 perkongsian di Facebook. Ini bukan kali bertama Dan ditipu malah ramai netizen telah menerima panggilan dari penipu tersebut. 

Penipuan ini boleh berlaku kepada mana-mana saja pengguna bank jadilah hendaklah kita sentiasa berwaspada dan berkongsi informasi ini kepada kawan dan ahli keluarga mengenai modus operandi penipuan ini. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.