Header Ads

'Tak Payah Bagi Gelandangan Makan Dah, Tiap Malam Makanan Bersepah Sampai Terbuang' - Netizen Bengang Masjid Negara Dipenuhi Sampah Akibat Pembaziran




Umat Islam amat digalakkan untuk melakukan ibadah seperti bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukan sahaja bersedekah di bulan ramadan, tetapi hendaklah konsisten membantu mereka. 

Dan setiap kali bulan ramadan tiba, sudah pasti banyak NGO dan orang persendirian merancang untuk melakukan kerja amal dan aktiviti yang paling popular ialah memberi makanan kepada golongan gelandang terutamanya untuk bersahur. 

Difahamkan sudah terlalu banyak pihak tampil membantu golongan gelandangan ini sehingga makan yang disediakan menjadi terlalu banyak sehinggalah makanan tersebut terbiar dan tidak dimakan seterusnya menjadi satu pembaziran. 

Ini yang berlaku di Masjid Negara pada 22 Ramadan. Hasil perkongsian dari Ahmad Husni jelas kelihatan pembaziran yang amat ketara sehinggakan kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap yang terbiar. Ini berlaku kerana terlalu ramai orang ingin membuat kebajikan tanpa memikirkan keberkesanannya. 

Lihat saja sampah sarap yang ditinggalkan. Amat memalukan kerana disebalik terkejar-kejar ingin melakukan kebaikan, kebersihan yang amat dititik berat diabaikan. 



Ini pula pandangan Syed Azmi, seorang aktivis yang mempunyai pendapatnya sendiri. 

Kalau nak bagi gelandangan makan, yang bagi kena siap sedia nak kemaskan kawasan. Kalau tak sanggup, jangan bagi.

Masjid Negara. Macam mana Masjid Negara tak marah saya kalau memang kita kotorkan kawasan dia kan?

Ini tanggungjawab semua. Yang saya selalu susah nak paham, kalau dah nampak banyak bekas makanan dah ada kat situ, apsal nak bagi lagi? Kalau nak bagi makan, bagilah tempat yang orang belum bagi. 

Ataupun bagilah dekat kampus universiti. Ramai juga pelajar-pelajar yang ikat perut. Mungkin tak glamor dan tiada makna untuk selfie. Media pun tak singgah. Sebenarnya banyak projek lain yang boleh buat. Cuba untuk jadi lebih kreatif sikit. 

Teruskan beramal, tapi check niat dan implikasi please. 
Mintak maaf pada group yang saya endah tak endah layan bila nak bagi projek bagi makan ni. Dah cliché. 

Baca status penuh Syed Azmi dibawah ini: 





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.