Header Ads

'Lepas Ni Kena Sambung Bayar Ke' - Netizen Tanya Lelaki Hadiahkan Tunang Sebuah Kereta Honda Civic Yang Jadi Viral




Netizen sudah pasti kenal dengan nama Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad. Dua pasangan ini pernah menjadi viral satu ketika dulu kerana menjemput kekasihnya menaiki limousine. 

Tapi itu mungkin beberapa tahun yang dulu. Namun pasangan tersebut menjadi bualan netizen sekali lagi apabila Hafiz Mahamad menghadiahkan kekasih yang kini sudah menjadi tunangnya sebuah kereta jenis Honda. 

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on


Status tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Namun bagi Hafiz ada sebab mengapa dia berbuat demikian. Ini penjelasan Hafiz kenapa dia menghadiahkan tunangnya sebuah kereta. 

Setiap orang ada cara menilai kebahagiaan masing masing. Kebahagiaan bagi saya bila dapat membahagiakan orang sekeliling saya, terutamanya family & tunang yang akan saya jadikan yang halal untuk saya dalam beberapa bulan sahaja lagi. 

Setiap orang ada cara masing masing, ini cara saya. Kebahagiaan, kejayaan bagi saya bila saya dapat melihat mereka ini senyum & menangis kegembiraan

Saya tak memewahkan pasangan saya, bahkan saya membalas jasa si dia & mengajar dia untuk sentiasa buat yang terbaik & sentiasa berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Family, kawan, mereka sahaja yang tahu. Saya tak boleh tutup mulut semua orang dengan apa yang saya buat.

Ini pula antara reaksi netizen yang sempat dirakam. Macam-macam komen ada sampai nak tergelak dibuatnya. 


Semoga hubungan Syafiqah dan Hafiz berakhir di jinjang pelamin dan terus kekal ke anak cucu!  - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.