Header Ads

Pelakon wanita veteran murtad sebelum dia meninggal dunia



Pelakon wanita veteran Indonesia ini sering memegang watak antogonis di sinetron Cinta di Langit Taj Mahal itu meninggalkan dua orang anak perempuan yang masih berusia 13 dan 11 tahun. Ia meninggal dunia akibat kanser pada usia 44 tahun.

Pemergian Yana Zein buat selamanya membuatkan ramai yang berduka di kalangan golongan artis di Indonesia. Namun apa yang menjadi persoalan dikalangan orang terdekat berkata rumah keluarga Yana seolah-olah sepi. Tidak ada keluarga dan tetangga yang datang untuk memberikan ucapan takkziah kepada Yana. Adakah ini hanya andaian sahaja?

Menurut sumber dari portal hiburan di Indonesia, ada rakan-rakan yang hadir memberitahu Yana tidak begitu mesra dengan jiran tetangga kerana sejak setahun tahun yang lalu Yana fokus untuk mendalami agama.


Oleh itu Yana Zein dan keluarganya lebih sering menyembunyikan diri. Dari maklumat yang diberi sejak setahun kebelakangan ini Yana memang sudah menganut ajaran Kristian dan tengah fokus mempelajarinya.

Oleh kerana itu, Yana dikebumikan dengan mengikut cara agama yang dianuti.

Di Indonesia melompat agama itu adalah perkara yang biasa tambahan pula di kalangan artis, lain pula seperti di Malaysia yang amat menitik beratkan soal pertukaran agama ini.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.