Header Ads

'Saya bagi pihak isteri mohon maaf, tak sangka pulak dia bertindak begitu' - Suami



LANGKAWI, KEDAH - Susulan viralnya video wanita menunjuk isyarat 'jari kesebelas' dan membaling seliparnya ke arah pemandu kereta, suami wanita itu tampil memohon maaf. 

Muhammad Jefry Sudin, 33, berkata, sebelum kejadian itu, dia sedang memandu kereta, manakala di hadapannya ada sebuah kereta yang sama-sama mencari ruang parkir. 

"Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak. Jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan," katanya kepada Harian Metro. 


Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit, Ann Lim, mendakwa ruang kosong itu sepatutnya diberikan kepadanya dan mendakwa dia sudah memberi lampu isyarat untuk masuk ke ruang tersebut. 

Muhammad Jefry mendakwa, wanita itu kemudian melemparkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan rasa marah isterinya, lalu mencetuskan perbuatan yagn tidak disangka-sangka. 

"Dari segi tindakan itu, saya bagi pihak isteri saya memohon maaf dan saya sendiri pun tidak menjangka yang dia akan bertindak sampai begitu. 

"Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi viral di media sosial apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik video tersebut ke laman Facebook, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai," katanya. 

Muhammad Jefry juga meminta orang ramai yang menonton video viral itu tidak memuat naik komen melulu dan menyalahkan isterinya 100% tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. - The Reporter

Laporan berkaitan:
Alahai, parking je pun...


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.