Header Ads

2 Gadis Remaja Bertumbuk Di Ipoh Parade Macam Pesta Jadi Viral



Video ini semakin menjadi viral dari seorang pengguna Facebook bernama Teyra Locaa. Ia menunjukkan rakaman sekumpulan remaja menonton aksi pergaduhan dua lawan dari remaja wanita.

Menurut sumber, perlawanan tersebut diadakan di Ipoh Parade dan melibatkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun. Bukan sahaja lelaki, malah budak perempuan juga ramai yang menyertainya. Melalui video tersebut dua remaja ini saling menarik sambil disorak oleh budak lelaki yang berkerumun di situ.
Bagai sudah tidak ada perasaan malu atau segan, baju remaja perempuan yang terlibat tertarik dan menampakkan sebahagian dari perutnya. Perlawanan ibarat seperti pertunjukkan ‘Ayam Laga”, di mana ia seolah-olah seperti sebuah persembahan yang menyeronokkan.

Melalui komen-komen yang tertera menunjukkan netizen begitu berang dengan tindakan remaja pada zaman sekarang dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.