Header Ads

Kes OKU Cuba Rogol Di Shell , Doktor Jelaskan ' Kad Sakit Mental' Bukan Lesen Besar Untuk Buat Jenayah





Berikutan tular berita seorang lelaki OKU kategori mental cuba merogol seorang wanita di tandas Shell minyak Machang Kelantan pada 13 julai lalu , pelbagai kritikan  dan juga kecaman dilontarkan kepada ahli keluarga yang diangaap tidak bertanggungjawab menjaga serta mengawasi remaja berkenaan sehingga terlepas dan bertindak diluar jangkaan .
"Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan," demikianlah kritikan netizen mengulas kes tersebut . 

Juga ada yang berpendapat bahawa 
dia mengalami masalah mental , nafsunya masih seperti orang normal 

Berikutan itu, seorang doktor tampil memberikan penjelasan berhubung prosedur masuk ke wad mental. Semoga penjelasan dari Doktor Muhammad Rahmat ini memuaskan hati netizen.


KES INI UNIK dan jarang orang awam tahu apa prosedurnya. Jadi saya tolong jelaskan. Pesakit mental boleh dimasukkan ke dalam wad mental dalam tiga keadaan; dan semua ini mempunyai akta sendiri. 

1. KERELAAN DIRI

Biasanya pesakit stabil dan waras tetapi memohon untuk dimasukkan ke wad atas beberapa sebab. 


2. ATAS KEHENDAK KELUARGA

Boleh memohon dengan doktor yang memasukkan pesakit mental ke dalam wad jika keadaannya tidak terkawal di rumah. Dengan kata lain, tak stabil. 

3. ARAHAN POLIS

Pihak keluarga atau orang awam membuat laporan polis terhadap pesakit mental kerana menimbulkan kekacauan. 


SOALAN: Adakah pesakit mental tidak boleh didakwa jika melakukan jenayah? 

Jawapannya ialah, boleh. Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah. Tetapi pihak polis dan mahkamah hendaklah memastikan pesakit tersebut dalam keadaan waras ketika melakukan jenayah. 

Jadi, bagaimana? 


Hakim akan mengeluarkan arahan supaya pesakit akan dihantar ke Unit Forensik Psikiatri. Untuk kes ini, mungkin ke Tanjung Rambutan, Perak. 

Doktor pakar akan membuat pemerhatian di sana dan dikawal dengan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam sehingga pihak doktor berpuas hati. Kemudian doktor akan mengeluarkan laporan keadaan mental pesakit dan diserahkan kepada pihak hakim sama ada pesakit layak dibicarakan atau tidak. 

Jika layak, dia akan didakwa. Jika sebaliknya, dia akan ditahan di wad mental sehinggalah layak dibicarakan. 

Sekian pendapat saya. Harap anda semua faham. 

Sumber :

Doktor di Bahagian Psikiatri

www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.