Header Ads

Akibat Nak Betulkan Samping Sangkut Pada Tayar, Muka Budak Lelaki Parah Tertusuk Besi Dalam Longkang




Hari Raya sudah hampir ke penghujungnya tapi setiap minggu pasti ada jemputan ke rumah terbuka. Walaupun begitu, janganlah pula dilupa tentang keselamatan diri dan keluarga ketika dalam perjalanan. 

Pada Sabtu lalu, seorang budak lelaki 13 tahun terlibat dalam satu kemalangan pelik ketika dalam perjalanan untuk beraya di Kuala Selangor. Budak lelaki itu yang lengkap berbaju melayu serta sampin dalam perjalanan ke sekolahnya untuk menghadiri jamuan hari raya bersama rakan sekolahnya di SMK Kuala Selangor. 

Menurut budak lelaki itu, sampingnya tersangkut pada tayar basikal ketika sedang mengayuh basikalnya. Budak tersebut dikatakan enggan berhenti tetapi tetap menarik sampingnya menggunakan tangan kiri dan tangan kananya pula sedang memegang pemegang basikal. 


Oleh disebabkan itu, dia terus hilang kawalan basikalnya dan terjatuh ke dalam longkang tersebut. Malang buat adik tersebut apabila mukanya tersusuk besi tajam yang berada di dalam longkang dan menyebabkannya mengalami kecederaan teruk di muka. 

Budak tersebut dibawa ke hospital dengan bantuan orang ramai untuk menerima rawatan. Menurut seorang netizen sepanjang budak tersebut menerima rawatan dia langsung tidak menangis semasa lukanya dijahit malah bersikap positif sepanjang insiden itu. 

Malah apabila seorang doktor bertanya. "Tahan sikit ye" budak lelaki itu berkata "Tak apa doktor saya kuat". Menurut pengguna Twitter itu lagi, urat sarafnya terputus dan terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan tersebut. Semoga adik ini kuat dan pulih cepat seperti sediakala. 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.