Header Ads

Bertunang Jarak Jauh Melalui Live Video Cara Permudah Urusan Keluarga , Sweetnya !




Tular di media , pertunangan jarak jauh pasangan  Muhammad Idham Aisha, 27 dan Nur Amirah Mohammad Noor, 25, yang selamat bertunang di rumah keluarga perempuan, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu. 

Menurut Muhammad Idham kedua-dua ibu bapanya yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga dan saudaranya sebenarnya tidak mengetahui mengenai rancangan untuk membuat panggilan video selepas majlis.






Menurutkedua ibubapa Idham , mereka tidak tahu rancangan kedua anak dan bakal menantu itu untuk melakukan video call melalui skype selepas majlis tersebut selesai .

Sepanjang tempoh belajar di Jepun  , Idham tidak pernah membuat video call kepada ibubapanya kerana tiada kemudahan 'skype'

Katanya lagi ini pertama kali buat ‘video call’ dengan mereka. Alhamdulillah, kejutan untuk mak abah. Menitis air mata abah jugalah masa bercakap dengan saya depan ‘monitor’ (skrin komputer),” 

Sementara itu, Amirah pula berkata, dia tidak menyangka sesi panggilan video yang dibuat keluarganya selepas ditunangkan tular di media sosial.



“Bukan saya atau Idham yang memuat naik video ini, jadi memang terkejut bila dikongsi ramai di Facebook. Terima kasih kepada mereka yang menyukainya. Bagi yang mengecam, itu mulut mereka nak kata macam-macam, terpulang kepada mereka.

"Tapi video ini sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga terutama memberi kejutan kepada mak dan abah Idham. Ia juga menunjukkan kami mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga. Kan lebih baik doakan kami yang baik-baik sampai ke jinjang pelamin,” katanya.

Satu kemajuan dan kemudahan beginilah yang harus kita gunakan pada cara dan tempat yang betul .
Ini tidak , gunakan video call untuk bercerai , aduhhaii sahabat ..  Kita doakan semuanya baik-baik sahaja jika berhubungan jarak jauh begini .  InsyaAllah .

www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.