Header Ads

'Ini Rumah Ke Tempat Buang Sampah' - Pemilik Rumah Sewa Rugi Lebih RM2,500 Dapat Penyewa Pengotor





Baru-baru ini banyak pula kisah-kisah perangai penyewa rumah yang viral di media sosial. Ini membuatkan tuan rumah menjadi lebih berhati-hati yang ingin mengambil penyewa terutama di kalangan pelajar. 

Malah, jika dulu merayu-rayu mahu menyewa rumah tapi bila dah diberi sewa lain pula jadinya. Ada yang bil-bil utiliti tidak berbayar, keadaan rumah yang kotor dan menjijikkan dan pelbagai lagi cerita. 

Terbaru, seorang pengguna Twitter @Zulfathiee menceritakan kisah bagaimana rumah milik emaknya yang disewa ditinggalkan dalam keadaan yang amat teruk. Malah mengalami kerugian lebih dari RM2,500. 

"Mak aku kena lagi teruk beb,sewa 2 bulan tak bayar bil elektrik rm2000++ bil air rm500 dengan tinggal rumah macam ni..penat lehnet nk bersih" 


Bil elektrik yang tertunggak beberapa bulan sehingga lebih RM2000 juga tidak dijelaskan. Apabila ditanya kepada pihak TNB kenapa tidak memotong bekalan elektrik, TNB memberitahu bahawa pihak mereka terlepas pandang dan tidak tahu rumah tersebut adalah rumah sewa. 

"bnyak bulan jgak la..menangis beb pergi bayar" tambahnya lagi

Ayahnya juga terpaksa menyewa lori khidmat lori untuk membuang sampah yang terkumpul di dalam rumah tersebut. Menurutnya lagi, keluarga yang menyewa di rumah milik emaknya bekerja sebagai tukang cuci. Atas dasar simpati dengan keadaan keluarga tersebut yang susah, emaknya memberikan mereka harga sewa yang murah namun berasa kecewa kerana cara mereka membalas budi. 


Agak menghairankan bagaimana sebuah keluarga tinggal dalam keadaan yang kotor seperti itu. Walaupun keadaan rumah tersebut tak ubah seperti tongkang pecah namun ibu kepada lelaki berkenaan tetap redha dengan keadaan tersebut. 

Bagi pemilik rumah, mungkin kisah-kisah penyewa seperti ini akan dapat dijadikan pedoman agar tidak terkena dengan penyewa yang tidak bertanggungjawab. 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.