Sakitnya Hati Kalau Tetamu Janji Nak Datang , Kita Dah Masak Penat-Penat , Tak Muncul Pulak !
Kita masih mood syawal lagi kan ?? Jadi adalah menjadi suatu kebiasaan apabila tuan rumah mahu menyediakan sajian buat tetamu yang akan hadir . Kita sebagai tuan rumah mesti mahukan yang terbaik untuk tetamu makan dengan kenyang sebelum balik .
Namun , satu perkara yang berlaku apabila tetamu berjanji untuk datang pada sekian waktu dan hari .
Kita dah bertungkus-lumus menyediakan juadah , mereka tak datang .
Pada mulanya janji jam 3 , tunggu sehingga jam 6 petang masih tak kunjung tiba . Tak ada call , tak ada mesej beritahu apa-apa sehinggalah malam. Kesudahannya makanan tak diusik lagi terpaksa panas , simpankan atau lebih buruk lagi dah basi .
Itulah yang terjadi pada salah seorang rakan facebook kita Izan Mohd Noor . Beliau berkongsi dalam satu group facebook masakan kesedihan dan kekecewaan terhadap tetamu berkenaan .
' saya pilu dan sebak . tak tahu nak cakap macam mana . Janji nak datang rumah hari ni '
'cakap sebelum pukul 4 nak sampai , kemudian cakap pukul 4 sangkut kat rumah kawan pulak ! janji sampai jam 6 , tapi sampai sekarang tak sampai lagi . Mesej pun tak ada ' luahnya
Netizen lain turut menyuarakan rasa marah apa dengan situasi yang dialami wanita berkenaan .
Jika dilihat pada menunya , bukan biasa-biasa , nasi dagang tu ! Pheh . Tolak tuah betul tetamu ni .
Lepas ni kalau ada tetamu datang , hidang biskut dengan air je lah.Tak perlu susahkan diri .
Apapun masalah ini tidaklah besar cuma perasaan kecewa tetamu yang ditunggu tak kunjung tiba .
Jadi kalau korang ada nak buat janji dengan kawan-kawan datang rumah , janglah melencong tempat lain . Kita tak tahu tuan rumah dah bersunguh menyiapkan juadah , dengan penat . Tapi kita tak hadir.Cuba kita diperlakukan macam tu , apa korang rasa ??
www.kakishare.my
Post a Comment