Header Ads

Patutlah Selalu Nampak Kucing Seret Bontot Kat Karpet Rumah , Rupanya Ini Sebabnya ....





Siapa yang pencinta haiwan dan ada membela kucing tu mesti dah biasa tengok tapi tak tahu kenapa .
Mana tidaknya , kadang-kadang nampak baru lepas poo-poo kat dalam pasir diorang , dia masuk dalam kemudian seret bontot kat karpet . Perghh ! Mau tak besar biji mata tengok aksi dorang macam tu . Nak-nak lagi karpet tebal dan susah nak basuh . Boleh murung seminggu tengok .



Namun itu satu perkara biasa , kalau dah sayang semuanya sanggup buat apa sahaja .

Perkongsian kali ini mendedahkan punca kucing berbuat sedemikian :

1. Cacing / tapeworms

Pemberian ubat cacing adalah perkara wajib dan mesti ada jadual berkala . Tidak boleh skip sebab ia akan mengganggu tahap kesihatan kucing .Kalau terlebih dari waktu , korang mesti bawa kucing ke vet untuk diperiksa . Ubat cacing ini ada jenis tablet dan syrup. Baca arahan pada label sebelum gunakannya. Sebabnya lain jenis ubat, lain cara pemberiannya

2.Fecal Matter Stuck in Fur / Poo keras melekat pada bulu sekitar punggung

Kes macam ni selalu terjadi pada kucing yang berbulu tebal . Jadi kena selalu-selalukan dan rajinkanlah diri untuk buat grooming atau boleh je groom sendiri kalau pandai . Asalkan jangan tersilap groom sudahla , botak kucing tu sat g .




3.Anal Glands / Kelenjar punggung


Kelenjar punggung adalah satu kelenjar kecil yang ada di tepi kiri kanan punggung. Kucing berasa ada bau kurang menyenangkan keluar atau rasa gatal gatal di kawasan tersebut. Kadang kadang tanpa sedar ada luka sehingga bernanah. ( bagi pakai feminem wash baru tahu haha ! )

Last , kucing korang tu sengaja nak buat korang sakit hati . Senang kata dengki . hahaha ! Kadang-kadang kucing ini ada satu sikap dia yang annoying juga sebenanya , ngada-ngada ! Tapi kita suka layan sebab macam ada yang minta kasih sayang dan perhatian . yer tak catlovers ??

sumber : nurfuzie.com

www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.