Header Ads

'Dari Kecam Saya Lebih Baik Doakan Saya' - Ini Penjelasan Fathia Latiff Mengapa Dia Buka Tudung Sehingga Dikecam Peminat




Dah jadi macam satu trend pula artis wanita di Malaysia yang sudah bertudung tiba-tiba membuka tudung. Mungkin ianya secara tidak sengaja kerana mungkin mereka hanya membuka tudung di majlis tertutup tetapi mata netizen tetap laju dan sedia memberi kecaman kepada mereka. 

Terbaru, pelakon Fathia Latiff menjadi kecaman netizen apabila beberapa keping gambarnya terakam oleh salah seorang rakannya ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka. 

Malah menurut Fathia lagi, dia meminta maaf kepada para peminat jika pihak berasa tidak senang melihat gambarnya yang tidak mengenakan tudung. 

Fathia menjelaskan majlis tersebut di hadiri oleh ahli keluarga dan saudara mara dan pelakon tersebut lebih selesa untuk membuka tudung. 


Menurut laporan Harian Metro, dia amat berterima kasih kepada peminatnya yang sering menyokong kerjaya seninya dan berasa kesal kerana gambar tersebut membuatkan mereka mengecam dirinya. Malah ada yang berpendapat dirinya tidak mahu lagi memakai tudung. 

Fathia berharap dari terus mengecam dirinya, lebih elok mendoakan dirinya supaya terus kuat dan istiqomah berdepan dengan dugaan yang menimpa dirinya ini. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.