'Terima Kasih Sarah Dan Shuib, Korang Memang Terbaik' - Perkahwinan Shuib dan Siti Sarah Patut Dijadikan Inspirasi Untuk Semua Lelaki
Ramai pasangan yang sudah berkahwin sering kali mengadu tentang kekurangan pasangan masing-masing setelah lama berkahwin. Selalunya, suami akan mula mengadu isteri sudah tidak cantik seperti dulu. Dan timbul pula isu apabila suami mula curang dan mencari wanita lain.
Namun, tak semua lelaki seperti itu. Masih ada lagi suami yang berusaha untuk mengubah kehidupan keluarga mereka dan memberi kebahagian kepada isteri. Walaupun ianya memakan masa tetapi usaha itu yang penting.
Bagi Putera Nur Muhammad Raihan, perkahwinan Shuib dan Siti Sarah menjadi satu inspirasi buatnya dan perkongsian tersebut sememangnya membuka mata kita semua terutamanya mereka yang bergelar lelaki dan suami.
Semga apa yang dikongsi oleh beliau ini dapat dijadikan tauladan dan inspirasi kepada mereka yang bakal menjadi suami ataupun yang sudah menjadi suami supaya lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga tersayang.
'Usaha Buat Majlis Kahwin Walaupun Dah Beranak Pinak'
Aku tak tau semangat aku nak menulis dari sisi aku pasal ape yang aku ikuti selama hubungan mereka nie. Aku taknak cerita pasal buruk mereka. Atau khilaf mereka. Atau dosa Sarah tak brtudung yang ditanggung suami bukan aku. Tengok pada puberty diorang nie..
Sangat mengagumkan. Mereka berdua artis. Tapi mereka berkawin dengan satu ikatan. Buat majlis nikah je. Tapi siapa Shuib ketika tu. Pelawak biasa. Tengok rupa Shuib dulu. macam budak kampung yang takde apa2. Dan waktu tu Sarah bertunang dengan mat salleh. Tak jadi kawin.
Dan terima Shuib dengan hati terbuka. Yang paling best takde langsung majlis perkawinan yang gah. Dan hati wanita Sarah ketika itu terima sahaja ape kurang dan lebih Shuib. Dan waktu tu kite tak lihat Shuib punya masa depan yang cerah.
Masih merangkak macam pelawak2 biasa yang sumbat apa jenis job atau pertandingan. Dengan muka yang takde raut wajah tampan. Selalu dijadikan bahan muka berlubang atau muka getah skrap.
Shuib pun macam tu. Terima Sarah dalam keadaan Sarah orang dah buang. Rupa pun ala2 je. Kalau tengok hidung dia selalu jadi bahan kelakar dan ejekan. Tapi dua2 berkawin dengan menerima kelemahan masing2..
Kita boleh cakap. Shuib tangkap muat. Amik je mana2 wanita asal artis. Dengan keadaan Shuib ketika itu artis cantik mana yang dia boleh kejar. Tak seperti mamat. Shuib kenal diri dia siapa dibelakang hari.
Aku melihat Shuib itu seperti lelaki biasa. Yang mungkin akan jadikan isteri dia habis madu sepah dibuang. Kalau dia kaya atau lebih tampan lepas tu. Mungkin dia akan tinggalkan isteri dia. Atau curang. Tapi nahhhhhhhh. Skang kita lihat hati Shuib sebagai lelaki..
Yang bagi inspirasi pada aku dan lelaki yang melihat Shuib sebagai idola. Yang peruntukan isterinya. Memperoleh ruang waktu dalam rumahtangga untuk mengubah nasib dia,isteri anak2 dan mase depan rumah tangga dia. Lihat bagaimana dan bertahun2 kawin berusaha untuk buat majlis kawin walau anak dah berderet untuk meraikan isteri dia.
'Nak Cari Lelaki Tak Lupa Anak Bini Pun Payah'
Dari dia nothing. Dan dia lihat isteri dia sabar dan memahami kekurangan dia. Dan bila dia berjaya. Dia hargai isteri dia sebaiknya. "Lelaki diuji ketika dia senang.. wanita diuji ketika lelaki itu susah". Dan mereka lalui ujian itu bersama. Dan hari ini mereka terus menjadi inspirasi pada semua orang
Shuib yang sentiasa bergaya sebab ada isteri yang hebat dibelakangnya. Begitu juga Sarah. Dulu perut boncit. Hidung kembang. Tengok bagaimana Shuib jaga isteri dia. Hidup saling melengkapi. Tak sah kalau Sarah skang tak cantik. Sntiasa cantik. Shuib yang sntiasa tersenyum bahagia.
Yes Shuib dapat buktikan susah dia dulu. Ada wanita yang terima dia seadanya buatkan dia nak buktikan sesuatu dia bukan Shuib yang dulu. Pada Sarah yang dulu cari suami yang high taste seperti mat salleh tapi tak bahagia.
Tapi pilih Shuib yang pure dari kampung. Mereka bahagia bersama. Aku tulis sambil rasa sebak. Sebab mereka dan ramai lagi contoh2 orang2 yang hebat bawak rumahtangga yang bagi inspirasi pada aku. Nak cari wanita yang hebat sperti Sarah. Itu paling susah.
Dan nak cari lelaki yang berjaya tak lupa anak bini itu pun payah. Semuanya terletak pada kisah silam yang bawa mereka untuk buktikan pada semua yang mereka dapat buat sesuatu untuk mengubah nasib mereka justeru dapat bagi inspirasi pada orang lain yang tabik spring dengan usaha mereka itu.
Terima kasih Sarah dan Shuib. Korang memang terbaik.
Dapat kiranya kite semua doakan mereka dpt peluang yang lagi satu untuk melengkapkan perkawinan yang mawardah bahagia hendaknya. Kita jadi lelaki jangan rasa kita dah dapat isteri terima susah kita. Dan kita hukum dia untuk terima sahaja.
'Buat Perubahan Yang Radikal'
Mereka nak lihat kemajuan kita. Daya pimpinan kita nak bawak rumahtangga tu jadi lebih baik. Dia terima kau dari kau moto demak. Pastu xkan berbelas kawin kau nak isteri kau terima benda tu. Mereka terima sebab mereka percaya kau lelaki yang boleh bawak kemajuan lepas tu.
Kalau kau mungkin dapat cari duit sikit untuk hantaran dan urus kawin. Mereka secara automatik akan fikir kau akan dpt effort untuk cari nafkah untuk majukan rumahtangga. Dari kosong rumah smpai la ade isi sikit2.
Kau tak boleh sangka yang rezeki datang selepas nikah. Bawak melayu pusaka yang didendang. Rezeki xkan dtg bergolek. Rezeki itu diraih. Jadi kalau kau dah ade anak berpinak. Tapi masih cakap rezeki kau setakat itu tanpa effort.
Buat radikal perubahan. Takuk kau kat situ. Isteri selagi bole sabar mereka akan sabar. Bagaimana rumahtangga tu boleh jadi kucar kacir. Isteri ingkar atau pendam rasa. Amik contoh bila mesin basuh kat rumah rosak. Kau nak tolong basuh pun jgn haraplah.
Ape lagi pakai tangan. Dan waktu tu kau tengah melepak dekat rumah dan ade orang seperti kau sedang cari duit lebih seperti buat uber dan sebagainya. Dan kau biarkan. Sampai isteri kau jadi peram dan pendam perasaan sakit tu.
Mengeluh dengan kemiskinan. Balik raya tengok sedara mara gelang emas smpai kelengan. Dan kau cuma mampu cakap dengan isteri kau. Kite susah buat cara susah. Memang rezeki allah tu luas. Dah tetap rezeki kau tahap mana.
'Sampai Bila Nak Salahkan Pasangan'
Tapi kalau isteri kau tengok kau kerja keras. Hasil setakat tu je. Isteri kau faham. Mungkin isteri kau bantu kerja cari duit sama2. Tapi bila dah senang sikit kau perambat buat benda tak pekdah. Pasang bini no dua lah. Main judi lah. Lepak mamak berejam2 takde hala tuju.
Tak pun masih tak boleh move on dengan perangai bujang smpai bawak kekawin. Isteri kerja kau bantai suruh isteri bayar semua. Pastu kau cakap kau mampu nak kawin lagi satu. Lagi haprak cari perempuan luar dengan alasan isteri dah tak cantik.
Dah tak bergetah macam dulu. Pastu kau tak beli cermin tengok diri kau. Hensem? Yer isteri yang kau kata hodoh dan busuk tu yang mengurus kau. Tak malu ke? Tolong sedar semua tengok perkawinan Shuib dan Sarah nie sebagai pengajaran.
Baru orang respect baru orang nilai tinggi diri kau tu. Sampai bila nak pusing2 salahkan pasangan tu penuh dengan kurang. Yang engkau tu semua bagus dengan alasan haprak. Kau bina jalan cerita rumahtangga kau dengan cara macam nie. orang akan respect.
Tapi kalau kau jadi macam geng satu lagi. Geng makan luar. Selamanya orang sumpah seranah kau lelaki tak guna. Even kau dapat isteri baru yang cantik dan hebat. Tapi kau tetap dilabel jantan tak guna macam bekas suami kak pom pom tu.
- Sumber: Putera Nur Muhammad Raihan
Post a Comment