Header Ads

Petarung MMA Cuba Tunjuk Hebat Berlawan Dengan Pengawal Keselamatan Tapi Tumbang Jugak Akhirnya




Beberapa video sejak semalam telah menjadi viral di Facebook Discover Subang Jaya apabila seorang lelaki yang berbadan 'sado' cuba berlawan dengan pengawal keselamatan tersebut menjadi viral di media sosial. 

Dalam video tersebut, lelaki tersebut yang juga merupakan seorang petarung MMA dirakam sedang bergelut dengan seorang pengawal keselamatan yang lebih kecil berbanding saiz lelaki tersebut. 

Pada mulanya dirakam sedang bertekak dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya sebelum bertindak membelasah pengawal keselamatan tersebut. Dalam status yang dimuat naik, lelaki itu ke kondo berkenaan untuk mencari rakannya untuk menuntut hutang. 


Rakannya itu tidak mahu turun atau berjumpa dengannya. Dia kemudian meminta pengawal tersebut untuk membenarkan dirinya naik ke kondo berkenaan. Pengawal tersebut tidak memberi kebenaran dan lelaki tersebut dipercayai naik marah dan bertekak dengan pengawal itu. 

Dia kemudian membuka jaketnya dan sedia untuk berlawan dengan pengawal tersebut. Menurut saksi kejadian, lelaki itu telah menumbuk pengawal tersebut terlebih dahulu dan bertindak kurang ajar serta tidak memohon maaf atas tindakannya. Mereka kemudian bergelut sebelum beberapa pengawal keselamatan yang lain membantu untuk memberkas lelaki itu. 

Pengawal tersebut kemudian mengikat lelaki tersebut dan membiarkan lelaki itu duduk di atas lantai. Lelaki itu tetap memaki hamun serta mengugut lelaki itu selama 15 minit. Lelaki itu dengan bangganya mengaku dia adalah seorang petarung MMA dan kebolehannya untuk bertarung. Dia memberitahu dia memilih untuk tidak berlawan dengan pengawal tersebut. 

Rata-rata netizen menyalahkan lelaki terseut kerana tidak memahami tugas pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas mereka. Namun tak kisahlah anda seorang ahli gusti WWE ke atau MMA hendaklah tahu pengawal keselamatan cuma menjalankan tugas yang telah mereka dipertanggungjawabkan. 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.