Sajat Dan Dato Aliff Nak Keluar Single Cabar Dato Vida Menyanyi
Selepas kejayaan viral Datuk Seri Vida (DSV) muncul dengan single I Am Me yang sangat trending di media sosial, usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat bakal mengeluarkan single bersama Abang Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri yang di jangka tidak lama lagi.
Sajat membuat pengesahan dirinya telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman untuk projek lagu duet bersama Aliff Syukri tidak lama lagi.
"Saya menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaan. Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya.
"Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu harus kena dengan konsep dan jiwa saya," kata Sajat kepada Harian Metro.
Tambah NurSajat, dia menggemari muzik genre lagu yang berentak rancak berbanding lagu balada atau tangkap leleh yang mungkin bakal mengugat Dato Vida dalam nada guraunya.
"Saya lebih menggemari lagu rancak. Saya juga bersedia untuk menghadiri kelas vokal sekiranya lagu itu sudah siap untuk dirakamkan.
"Saya tidaklah serius mahu terlibat dengan bidang muzik, tetapi saya anggap ini sebagai satu strategi pemasaran dan perniagaan.
"Saya tak mahu ulas lanjut lagi kerana masih belum ada perjanjian hitam putus. Apabila semuanya sudah ada kata putus, nantikan pengumuman lanjut dari saya," katamya lagi.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment