Header Ads

Tindakan Guru Ini Tumbuk Murid 9 Tahun Akibat Salah Jawab Soalan Bahasa Inggeris Dikecam Netizen




Lagi kes tindakan guru yang melampau. Zaman sekarang kita selalu dengar pelajar sekolah agak manja dan mengada-ngada. Ada yang tidak boleh ditegur mahupun didenda atau dirotan jika kesalahan yang mereka lakukan. 

Agak tidak wajar apabila sorang guru bertindak menumbuk pelajarnya sendiri hanya kerana menjawab soalan dengan rumah di dalam kelas. 

Ibu mangsa, Nur Syaheerah Sutchira telah membuat laporan polis berkenaan tindakan guru kepada anaknya. Dalam laporan FMT, kejadian berlaku pada Selasa lepas ketika guru tersebut sedang mengajar di dalam kelas. Anaknya yang berada di darjah 3 telah ditumbuk oleh guru tersebut kerana menjawab soalan bahasa Inggeris dengan salah. 

Mangsa, Adam Mikail Mubashir ditumbuk di bahagian kepala sehingga anaknya terjatuh ke belakang sehingga pinggangnya terlanggar bahagian bucu meja. 



Akibat tindakan tersebut, murid tersebut mengadu pening dan loya. Guru tersebut juga turut menghukum Adam untuk berdiri sehingga kelas berakhir. 

Ketika dirawat di hospital, doktor mengesahkan Adam mengalami gegeran otak kesan dari tumbukan kuat oleh guru tersebut. Tambah Nur lagi, "Saya amat terkilan anak saya dilakukan sebegitu. Kami dah berjumpa dengan guru besar dan dia akan pantau guru dan anak saya namun tiada tindakan dikenakan guru tersebut. Anak saya pula diberikan kaunseling". 

Adam juga dikatakan trauma untuk ke sekolah. Menurut Nur Syaheerah, guru besar tersebut hanya memindahkan guru tersebut ke kelas lain dan tidak akan mengajar di dalam kelas anaknya lagi. Tetapi dia bimbang anaknya pasti akan bertembung dengan guru tersebut ketika waktu rehat kerana mereka masih dalam satu sekolah. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.