Header Ads

Netizen Puji Tindakan Abang Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap




Tugas Jabatan Bomba bukan sahaja memadam kebakaran ataupun kemalangan jalanraya. Malah jika ada kucing yang terperangkap juga telah menjadi antara sebahagian tugas yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Semalam, tindakan pantas sepasukan Bomba Dan Penyelamat berbaloi apabila mereka berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada palang tingkat empat bangunan pusat beli-belah Melati Mall.

Menurut laporan Astro Awani, rakaman video oleh Dena Bahrin yang dimuat naik di laman Twitternya jelas menunjukkan detik cemas apabila seorang pegawai bomba meniti di atas palang tingkat empat dengan hanya menggunakan tali untuk menyelamatkan kucing tersebut.



Pihak bomba cuba mendapatkan kucing berkenaan namun gagal dan akhirnya kucing tersebut tergelincir jatuh ke tingkat bawah.

Namun mujurlah kusyen udara keselamatan (safety air cushion) telah disediakan lebih awal di atas lantai dan akhirnya kucing berkenaan selamat.

Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 24,000 retweet, 9,000 likes dan 300 komen kurang daripada 24 jam selepas kejadian berlaku. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.