Header Ads

Viral Video Wanita Kena Rasuk 'Hantu Annabelle', Penonton Tampil Jelaskan Kisah Sebenar




Kalau anda seorang peminat filem seram sudah pasti anda akan tertunggu cerita Annabelle 2: Creation. Filem Annabelle ini memang dinanti nantikan oleh peminat setia filem seram. 

Namun, sejak semalam viral di media sosial mengenai seorang wanita yang dikatakan sedang menonton filem berkenaan diserang histeria. 


Kejadian dikatakan berlaku di Terengganu dan ramai netizen berasa ragu-ragu sama ada benar atau tidak wanita itu diserang histeria. Wanita berkenaan menjerit kesakitan sebelum pembantu perubatan datang memberi pertolongan. 

Teka teki yang berlegar antara netizen akhirnya terjawab apabila salah seorang penonton tampil menceritakan hal yang sebenar. 

Salah seorang penonton tersebut mendedahkan bahawa wanita tersebut bukanlah diserang histeria tetapi mengalami sejenis kekejangan disebabkan penghawa dingin di dalam panggung wayang tersebut sejuk. 


Malah ada juga seorang lelaki yang turut menjadi saksi juga tampil menceritakan hal sebenar.


Maka tak ada istilah histeria ataupun kena rasuk dengan hantu Annabelle. Apa pun semoga wanita tersebut cepat sembuh. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.