Header Ads

Akaun digodam, Emma hilang 3 juta pengikut



Pelakon, Emma Maembong hilang lebih tiga juta pengikut apabila akaun Instagram miliknya digodam, tiga hari lalu. Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, ternyata ralat kerana akaun Instagramnya itu bukan saja menjadi antara sumber menjana pendapatan, malah turut menyimpan seribu memori buat dirinya. 



"Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali. 

"Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini. Namun, saya reda dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu. 

"Bukan itu saja, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial," katanya kepada BH Online. 

Peminat boleh mengikuti perkembangan terbaharu pelakon jelita itu diakaun baharu miliknya itu. Dalam perkembangan terkini, Emma sedang menjalani penggambaran filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang turut menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Janna Nick selaku teraju utama.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.