Header Ads

Pistol Pertama Buatan Malaysia Keluar Tak Lama Lagi



Syarikat pembuat pistol Malaysia, Aegis Malinnov Sdn Bhd mengorak langkah dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan dengan pengenalan pistol pertamanya iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber yang dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Menurut pengerusinya Tan Sri Hashim Meon, syarikat terbabit telah mendapat kelulusan untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).





Menurut beliau, pihaknya menjangka proses itu akan memakan masa sekurang-kurangnnya dua hingga tiga bulan.

"Selepas itu, kita boleh memasarkan pistol keluaran pertama syarikat ini. Sebagai permulaan kita sasarkan jualan di peringkat dalam negara kepada pihak pegawai keselamatan seperti polis dan tentera serta pembeli peribadi yang mempunyai lesen sah untuk memiliki senjata api

"Selepas yakin dan mengukuhkan reputasi di segmen pasaran tempatan, barulah kita akan mula meneroka pasaran yang lebih luas di luar negara," katanya sebagaimana lapor Bernama.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.