9 Rawatan Semulajadi Gout Yang Anda Tak Tahu
Pesakit gout biasanya akan menderita penyakit ini seumur hidup mereka. Jarang ada yang sembuh secara total kecuali yang dapat mengawal paras asid urik mereka dengan berdisiplin. Kena berpantang makan dan sebagainya.
Selalunya bila dah disahkan menghidap gout, pesakit akan berterusan mengambil ubat dari doktor. Tapi sekiranya anda ingin mencuba rawatan semulajadi ini, tiada masalah juga.
Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)
Cuka epal sangat membantu dalam merawat gout dan artritis. Sifat keasidan ACV ini akan membantu melegakan sakit. Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang.
Campurkan 1 sudu kecil cuka epal dalam segelas air suam, minum 2-3 kali setiap hari. Jika anda rasa rawatan ini membantu, boleh naikkan dos cuka epal ini kepada 2 sudu besar.
Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar cuka epal organik bersama dua sudu besar madu. Ambil 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur.
Halia
Ciri-ciri anti radang yang ada pada halia membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Ada beberapa cara untuk merawat gout menggunakan halia.
Campurkan serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering dalam nisbah yang sama. Ambil 1 sudu dari campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2 kali setiap hari.
Anda juga boleh membanyakkan halia dalam masakan dan boleh juga dimakan mentah.
Selain itu, dengan halia ini, anda boleh tambahkan setengah sudu kecil halia ini dalam satu cawan air mendidih dan kacau sehingga betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sehari sekali.
Anda juga boleh membuat paste halia dengan sedikit air dan tampalkan di kawasan yang terkena gout ini. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali.
Baking Soda
Salah satu sebab utama gout ini adalah peningkatan asid urik dalam badan.
Baking soda ini selain digunakan untuk membuat kek, dapat juga membantu mengurangkan jumlah asid urik dan seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.
Campurkan setengah sudu kecil baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4 kali sehari. JANGAN LEBIH. Teruskan sehingga 2 minggu.
Jika anda berusia 60 tahun, jangan ambil lebih dari 3 kali sehari.
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tidak perlu cuba kaedah rawatan ini ye.
Jus Lemon
Untuk melegakan sakit gout, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan seterusnya meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda.
Lemon adalah sejenis buah sitrus yang sangat unik, yang akan bertukar sifat asidnya apabila masuk ke dalam perut kita.
Buah Ceri
Terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Ceri juga mengandungi anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.
Bagi pesakit gout, sehari disyorkan untuk mengambil 15-20 biji ceri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan mengambilnya pada awal pagi.
Epsom Salt
Epsom salt ini memang mempunyai banyak kebaikan. Di rumah Zarith dan ibu memang tak pernah kehabisan garam epsom ni. Zarith gunakan ia dalam merawat Zuyyin dan Zayra yang demam, batuk dan selesema.
Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini ke dalam air suam. Rendamlah badan anda dalam air ini sehingga air menjadi sejuk. Lakukan seminggu sekali. Tapi sekiranya anda penghidap gout yang teruk, boleh lakukan sehingga 2-3 kali seminggu.
Anda boleh dapatkan Epsom salt ini di guardian. Ianya berharga RM 5.90 je sekotak.
Pisang
Pisang juga berkesan untuk melawan gout. Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal asid urik ini kepada bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.
Pisang juga mengandungi jumlah Vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan.
Amalkan makan 1-2 biji pisang sehari, Inshaa Allah dapat membantu.
Epal
Malic acid yang terdapat dalam buah epal akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.
Arang Batu Yang Diaktifkan.
Ia terkenal untuk menyerap asid urik. Jadi, untuk penghidap gout digalakkan mandi arang ini 1-3 kali seminggu
Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste dan letakkan paste ke dalam tab mandi dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam
Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar. Untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi secara terus ditempat yang sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam.
_________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________
Rawatan Moden
Dengar cerita baru-baru ini heboh orang cakap ada produk mampu mengurangkan simptom gout... tapi entahlah memang heboh viral tentang Jus Khazanah.... Jus Khazanah.... Jus Khazanah.... benar atau tidak anda kena cubalah sendiri, tapi dengar ramai kawan admin cakap bagus sangat.... tengah hot sekarang ni viral... ni ha ambil gambar kat google.....
Dengar cerita baru-baru ini heboh orang cakap ada produk mampu mengurangkan simptom gout... tapi entahlah memang heboh viral tentang Jus Khazanah.... Jus Khazanah.... Jus Khazanah.... benar atau tidak anda kena cubalah sendiri, tapi dengar ramai kawan admin cakap bagus sangat.... tengah hot sekarang ni viral... ni ha ambil gambar kat google.....
Ni link facebook Jus Khazanah Megah Perawan boleh la like kalau korang nak tahu lebih.......
siap nak rekrut agent lagi tu boleh tambah pendapatan :)
Post a Comment