Header Ads

Itik Salai Masak Lemak Cili Padi





Bahan-bahan

Itik Salai (1 ekor) beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil
Bawang putih (5 ulas besar)
Bawang merah (5 biji kecil)
Bawang besar (1 biji besar)
Serai/Halia (2 batang) kalau takut tergigit halia semasa makan, boleh guna serai
Serbuk kunyit/Kunyit hidup (saiz ibu jari/ cukup untuk beri warna kuning kehijau-hijauan kepada kuah) (jumlah kunyit mesti sesuai dengan kuantiti air yang digunakan untuk buat kuah) (seeloknya guna kunyit hidup kerana warna kuah lebih cantik dan asli)
Cili padi (15 tangkai) kalau tak nak pedas boleh kurangkan
Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
Santan (1 biji kelapa) seeloknya guna santan parut, bukan santan kotak kerana rasa lebih asli, sihat krn tiada pengawet dan kurang pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja)
  2. Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai 
  3. Hiris bawang besar
  4. Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk (tak perlu garing sgt)
  5. Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
  6. Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
  7. Kacau sehingga santan sebati (jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Tabur cili merah dan cili hijau
  10. Sedia untuk dihidangkan




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.