‘Surah Al-Baqarah Buka Mata dan Hati Saya Tentang Islam’ – Nadiya
SELEPAS disahkan keguguran cahaya mata kedua, pelakon Nadiya Nisaa dilihat mengambil pendekatan berehat seketika untuk beberapa bulan.
Sekembalinya dalam industri hiburan, Nadiya mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej baharu berhijab.
Berkongsi cerita penghijrahannya itu, Nadiya memberitahu dia terbuka hati untuk memakai hijab ketika bulan Ramadan lalu.
Keinginan untuk memakai hijab juga membuatkan Nadiya berazam untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Antara yang dilakukan adalah, mengikuti kelas agama dan ilmu tafsir al-Quran.
Menurut Nadiya, antara pengertian surah yang menyentuh hatinya adalah surah al-Baqarah.
“Saya rancang untuk menutup kepala sejak Ramadan lalu terutama selepas isi masa sepanjang bulan puasa pergi ke kelas agama dan ketika itu saya hamil anak kedua.
“Selepas Ramadan berlalu, saya meneruskan pembelajaran di surau berdekatan rumah dengan ilmu tafsir.
“Hati saya begitu tersentuh apabila dapat memahami pengertian surah al-Baqarah yang betul-betul membuka mata mengenai Islam.
“Saya harap kelas itu dapat diteruskan walaupun sudah mulai sibuk dengan penggambaran,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam pada itu, Nadiya akui perubahan penampilanya mendapat reaksi positif suami dan keluarga termasuk para peminatnya
Post a Comment