Header Ads

Resepi Ayam Masak Kicap




Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 tangkai cili padi (dipotong 2)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
kicap manis secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.
Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.
Tumbuk kasar bahan bertanda *
Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasarsehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biar 5 minit. Siap untuk dimakan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.