Tulang Belakang Bengkok Sebab Bawak Beg Sekolah Berat
November yang lalu, Zahir Ali, memuat naik beberapa gambar anak saudara yang mengalami masalah tulang belakang. Kini perkongsian itu telah mendapat 107,541 shares di laman Facebook.
"Moga gambar-gambar ini menyedarkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah di sekolah rendah.
"Gambar-gambar berikut menunjukkan anak saudara saya yang masih berada di sekolah rendah. Akibat selalu membawa beg yang berat serta penuh dengan buku, dia mula berjalan dalam keadaan bongkok dan mengadu sakit belakang badan.
"Ketika dibawa bertemu dengan doktor, dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengembalikan tulang belakangnya pada keadaan normal.
"Saya merayu kepada anda semua, jangan biarkan anak-anak anda mengangkat beg sekolah yang berat di belakang badan mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa apa yang berlaku pada anak saudara Zahir Ali itu sebenarnya adalah Skoliosis, penyakit tulang belakang.
Difahamkan, penyakit scoliosis ini adalah penyakit keturunan
Post a Comment