Header Ads

Adakah Makanan Berkulat Masih Boleh Dimakan?




Kecewa rasanya bila makanan kegemaran yang disimpan dalam pantri mahupun peti sejuk didapati telah pun berkulat. Adakah ia menandakan makanan tersebut telah 'expired' dan harus dibuang serta merta?

Ada yang berkata bila makanan ditumbuhi kulat, ia langsung tidak boleh dimakan kerana berbahaya kepada kesihatan. Namun, ada juga berkata hanya buang bahagian berkulat dan makanan itu masih boleh dimakan.

Mana satu yang betul? Memetik laman Huffingtonpost, tidak bermaksud makanan yang berkulat itu merosakkan anda atau membuatkan anda jatuh sakit. 

Lihat sahaja contoh seperti blue cheese yang memang lazimnya dipenuhi dengan kulat. Ia boleh dimakan dan rasanya ya memang lazat. 

Pun begitu, memang benar, bukan semua makanan berkulat itu rosak dan bukan juga elok. Ia adalah bergantung kepada jenis makanan itu sebenarnya. Jom lihat, jenis makanan dan apa jadi bila ia sudah ditumbuhi kulat:

1. Buah-buahan: 

Buah yang mempunyai isi keras mempunyai kelembapan yang rendah, ia masih boleh dimakan bila ditumbuhi kulat. Hanya potong bahagian berkulat dan selebihnya boleh dimakan. 

Bagaimanapun, buah yang mempunyai isi lembut seperti pic dan strawberry contohnya, mempunyai kelembapan tinggi dan perlu dibuang jika ditumbuhi kulat. 

2. Sayur-sayuran: 

Sama seperti buah, sayuran yang memiliki isi keras seperti lobak dan kobis, masih boleh dimakan, cuma bahagian berkulat dibuang. 

3. Makanan lain: 

Kebanyakan makanan yang mempunyai tekstur lembut dan tinggi lembapan, harus dibuang bila berkulat. Ini termasuklah daging merah, pasta yang telah dimasak, keju lembut, yogurt, krim, jem, roti dan sebagainya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.