Header Ads

"Hidup Ini Tak Selalunya Cerah. Bertabahlah"




Nama aku aisha (bukan nama sebenar). Aku nak share kisah perjalanan hidup aku sebagai seorang student. Sekarang aku merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti awam. Umur aku 20++. Aku bukan lah seorang pelajar yang pandai sangat pun. Tapi memang sejak kecil mak ayah aku tahu yang anak dia yang sorang ni bijak sikit kalau nak dibandingkan dengan kakak aku. Aku dua beradik sahaja dengan kakak aku. Untuk keputusan UPSR dan PMR aku ni kiranya performlah juga. Tapi bila time SPM hampeh. Result aku merudum teruk.

Memang aku akui aku tertekan sebab aku tak dapat masuk MRSM lepas form 3. Sedangkan result PMR aku straight A’s. Aku juga cemburu dengan kawan baik aku yang menggunakan “orang dalam” untuk masuk ke sekolah tersebut. Untunglah parents orang ternama. Aku ni mak bapak kerja biasa2 saja. Mak aku pun suri rumah saja. Jadinya, disebabkan itu SPM aku pun aku tak all out sangat. 2 tahun aku simpan rasa kecewa dengan kawan baik sendiri. Sedangkan result dia sama je dengan aku. Entah lah. Mungkin masa tu aku rasa dunia ni tak adil. Aku tak boleh nak adapt bila kawan2 yang sama2 belajar masa PMR semua dah masuk asrama.

Tapi alhamdulillah, walaupun result SPM aku tak berapa memuaskan, aku diterima masuk ke salah sebuah matrikulasi. Aku masih berhubung dengan kawan baik aku tu. Tapi aku masih cemburu dengan kejayaan dia. Yelah, kalau masuk MRSM, confirm lah dapat environment belajar yang baik dan guru2 yang bagus. Tetapi aku hanya sekolah harian biasa sahaja dan 70% terletak pada diri sendiri mahu struggle untuk berjaya atau tidak. Itu bagi pendapat aku lah. Aku pun taktahu situation di MRSM macamana sebab aku tak pernah berada di sana. Tapi kebanyakan kawan2 aku semua dari MRSM dan sekolah berasrama penuh semua dapat keputusan yang bagus2 belaka dan ramai yang melanjutkan pelajaran di overseas.

Kawan baik aku juga telah melanjutkan pelajarannya di overseas. Masa tu aku sedang struggle untuk first sem aku di matrik. Yang paling aku sedih ialah kawan baik aku tu pergi belajar sama2 dengan teman lelaki aku yang juga kawan kepada kawan baik aku. Bayangkan lah time tu aku sedih yang teramat. Rasa macam terpinggir di hujung dunia. Rasa tu aku tak dapat lupa sampai sekarang. Matriks aku pulak letaknya di ceruk perkampungan dan pendalaman. Memang masa diaorang call aku sebelum berangkat, aku menangis teruk. Sebab time tu takde whatsapp lagi, dan matriks aku tak menyediakan wifi di bilik. Memang aku rasa terpinggir sangat, dan benda tu buat aku rasa semangat nak study hard. Nak tunjukkan kat mereka yg aku pun boleh berjaya walaupun belajar di ceruk kampung.

Alhamdulillah, aku telah tamat matriks dengan pointer 3.5 ke atas. Walaupun aku rasa ramai je yang berjaya dekat matriks. Tapi bagi aku yang tak berapa pandai ni, i feel like i manage to pass it with flying colours. Aku memang happy sangat sebab dapat buat mak ayah aku happy, dan antara sebab aku struggle pun sebab aku cukup takut kalau tak dapat sambung belajar di universiti.

Cerita kisah pembelajaran aku di universiti pula, aku mengambil course chemical engineering. At first, aku memang tak tahu langsung pun apa apa pasal course ni.

Yang aku tahu aku minat kimia dan yang penting aku nak masuk universiti. Aku dah tak kisah dah aku belajar dalam course apa. Sejak sem 1 di universiti, aku selalu menangis sebab aku rasa course ni terlalu berat untuk aku. Begitu juga dengan persekitaran kawan2 yang bagi aku totally lain dengan kawan2 ketika sekolah dan matriks. Selalu juga aku menangis sebab kawan. Sampai sekarang (selama hampir 4 tahun aku ambil degree dalam engineering) aku rasa aku takde kawan baik yang betul2 boleh masuk dengan aku. Kalau ada pun sorang dua sahaja yang faham aku.

Pernah aku bergaduh dengan classmate aku sendiri sampai sekarang tak bertegur. Dahsyat sungguh degree life aku kalau nak diceritakan pasal kawan memang lagi panjanglah confession aku ni. Tetapi mungkin aku dah boleh adapt dengan degree life ni, aku pergi kelas pun dah tak kisah sorang2. Sampai orang pernah ingat yang aku ni memang takde kawan langsung sebab selalu pergi mana2 sorang2. Semua tu aku dah tak peduli.

Aku taktahu lah mungkin orang lain rasa course ni senang. Tapi aku awal2 lagi dah dapat result dengan CGPA 2.7. Masatu aku rasa nak give up. Tapi aku fikir mak ayah aku. Apa aku nak cakap dengan diaorang kalau aku quit. Mesti mak ayah aku malu kalau saudara mara tanya. Aku memang tak dapat rentak lagi cara belajar di universiti macamana. Aku tak tahu pun kena buat past years la bagai macam zaman sekolah dulu. Mungkin sebab aku dah terbiasa di”suap” masa di matriks dulu.

Walaubagaimanapun, here i am. Aku tetap teruskan studies aku walaupun pointer aku sekarang pun bawah 3.0 dan menghadapi masalah yang bagi aku adalah satu kegagalan yang paling gagal yang pernah aku rasa selama aku hidup selepas aku rasa sedikit gagal dalam SPM aku. Aku betul betul tak boleh nak go dalam satu subject ni. Seriously satu subject ni sahaja yang selalu buat pointer aku merudum teruk, dan aku telah repeat subject ni sebanyak tiga (3) kali. Allahu, aku serious sedih sangat mengenangkan nasib aku.

Buat pengetahuan pembaca, untuk result sem lepas, aku telah gagal lagi dan telah dibuang dari unversiti aku. Sebab masih gagal dalam subject “satu” tu je. Result aku yang lain semua okay. Takde C pun. Aku pelik lah kenapa Allah tu masih tak beri rezeki pada aku dalam satu subject itu untuk lulus pun jadilah. Aku tak mintak nak A pun. Aku tak menyalahkan takdir Allah. Sebab aku pun dah penat nak nangis mengenangkan nasib diri aku ni. Aku rasa diri aku ni bodoh sebab still tak boleh nak pass satu subject tu. Padahal banyak je subject2 killer yang lain yang aku manage to pass dan ambil sekali je. Sedangkan ada je kawan2 aku yang kena repeat 2 atau 3 papers yang lain.

Tapi at least, takde lah sampai kena dismissed mcm aku di sebabkan satu subject tu tak boleh nak pass. Bukan lah aku tak study hard untuk subject tu. Aku rasa semua benda aku dah all out. Dah buat banyak past years, latihan, assignment and aku pun dah boleh faham chapters yang aku belajar tu. Aku taknak lah salahkan lecturer aku even aku rasa dia agak bias dan lecturer ni pun ada mood swing dia juga. Aku kadang2 tak faham juga dengan lecturer aku ni. Dia yang suruh whatsapp jawapan untuk latihan atau kalau ada soalan yang tak faham.

Tetapi, bila aku whatsapp dia bluetick kan aku aje. Macamana la aku nak tahu jawapan yang aku buat tu betul ke tak. Kalau aku mintak nak jumpa, asyik busy aje. Jadi aku fikir positif, mungkin bukan rezeki aku lagi. Walaupun aku dah try 3 kali repeat subject yang sama. Tak pernah dalam hidup aku repeat subject banyak kali macamni. Aku pun tak tahu lah apa hikmah yang Allah nak tunjuk kat aku. Tapi aku betul2 kecewa dengan keputusan tu. Mungkin memang betul salah aku.

Sekarang aku sedang tunggu rayuan untuk meneruskan pengajian aku. Aku juga sedang struggle menyiapkan final year project aku. Takkan lah aku nak dismiss macamtu je dan tinggalkan project aku yang aku dah buat selama satu semester. Aku hanya cerita masalah aku ni dekat orang yang aku percaya sahaja. Sebab aku rasa malu dan tak yakin dengan diri aku. Aku harap pembaca2 IIUMC doakan aku supaya aku dapat menyambung pengajian aku yang tinggal satu semester sahaja lagi, dan dapat pass paper tu, dan dapat graduate on time. Aku tak sanggup nak bagitahu mak ayah aku pasal ni. Sebab diaorang memang lah akan terkejut kalau aku bagitahu pasal ni. Aku cuma berharap je sem depan aku dapat pass subject tu dan kena double struggle untuk habiskan degree aku ni.

Nasihat aku, pada sesiapa yang ada masalah sama dengan aku, mungkin ada yang pernah alaminya. InshaAllah kena banyak sabar dan tabah dengan ujian ni. Kenalpasti minat dan ambil tahu course yang akan anda ambil di universiti. Jangan jadi macam aku. Aku tahu mungkin bukan rezeki aku lagi untuk pass dalam subject tu. Mungkin kegagalan dan masalah aku ni tak sebesar masalah orang lain. Juga, tak semestinya jika anda pandai semasa di sekolah/matriks, anda akan pandai juga di universiti jika tidak pandai uruskan pembelajaran dan masa dengan betul.

“Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka”


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.