Header Ads

"Saya Kasihan Tentang Kisah Hidupnya Namun Akhirnya Dilakukan Sebegini"





Sy nk meluahkan perasaan yg sy alami dan meminta pendapat kalian semua. Sy berkenalan dgn seorang lelaki yg sudah pun mempunyai isteri dan 3 org cahaya mata. Pd permulaan sy terlalu kasihankan kisah hidupnya. Ada isteri tp xdilayan spt seorang suami, dan mak dia pula seorang yg keras kepala dan bercakap kasar. Sy kasihan/prihatin pd hidup dia kerana xdapat kasih syg yg sewajarnya drpd seorang isteri dan mak. 

Dan semua perkara yg diceritakan itu adalah benar kerana sy sndr yg pastikan perkara itu. Setiap mlm dan setiap waktu dia wassap/call sy. Bini dia dekat tingkat atas tido seawal jam 9pm. Setiap hari pun begitu. 

Bayangkan la perasaan seorang suami. Sehingga berbulan lamanya, sy la jd peneman dan pendengar yg setia dan timbul perasaan syg. Untuk pengetahuan sy tggl di Terengganu dan dia di KL bersama anak isteri. Kami berjumpa hanya 1 bulan 1x. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkahwin kerana xsuka lg tggl berjauhan dan dia mahu sy sentiasa ada disisi sbg seorang isteri tanpa pengetahuan isteri dan anak2 beliau. 

Selepas 2 bulan kami berkahwin, akhirnya dia nekad untuk cerita pd isteri dia yg dia telah pun berkahwin lg 1. Bini dia marah dan mengawal segala tindak tanduk suami serta meminta dia untuk menceraikan sy. 

Sedangkan ms itu sy masih lg di Terengganu. Tp dia nekad untuk pertahankan rumah tangga yg dibina kerana mencintai sy. Kini, selepas 6 bulan perkahwinan yg kami bina bersama bakal musnah. Dia mula tidak berlaku adil, mengabaikan sy, memaki hamun sy, serta memukul sy. 

Dgn alasan xda lg persefaham dan xda perasaan lg. Dia lupa selama ini disebabkan kehadiran sy la isteri dan mak dia telah berubah. Isteri dia mula melayan dia sbg seorang suami, mula menyediakan air setiap pagi, mula berubah segalanya. 

Dan apabila dia melihat perubahan isteri dia, dia meminta sy berambus drpd kehidupan dia. Apabila sy persoalkan pd dia kenapa mintak sy pergi, apa kurangnya sy sbg isteri selama ni ? Diam diamkan. Dia cuma jwb xda persefaham dan xda perasaan. 

Hina sy dia perlakukan sebegini. Sy hanya menitis air mata. Sedangkan sy xda kawan untuk diluahkan kerana tggl di KL. Sy xda tmpt untuk mengadu. Dan yg lbh teruk dia suruh sy berambus drpd rumah yg sy tggl skrg kerana mengatakan sy tidak layak. Sy takot kalu suami sy kena ubat guna2 oleh madu sy tu hanya untuk melupakan sy.

Mlm ini sy akan duduk berbincang dgn suami untuk menanyakan adakah dia masih sygkan perkahwinan yg dibina ini ? Tp sy tak rasa dia masih mahu meneruskan kerana dia sndr sudah buang sy dr kehidupan dia. Sudah 3 minggu tidak menghubungi, wassap sy dia block. 

Dia sanggup guna no lain untuk communicate dgn madu sy tu. Sampai hati dia perlakukan sy spt ni. Kalu dulu dia cukup2 menyanyangi sy, skrg xubah spt org gaji. Dia rasa nk blk dia blk pd sy, kalu x sehingga 5-6 hari xblk. Makan pakai dia semua sy sediakan rapi. Tp isteri dia jgk yg dia pandang. 

Dia tidak menghargai sy lnsg. Perkataan "SAYANG" yg dipanggil selama ini jgk hilang. Yg ada cuma aku kau. Ya Allah sy xsanggup lg harungi semua ni. Tp disebabkan syg sy bertahan. Mlm ini adalah penentuan segala2. Sy mahukan jwpn drpd dia. Tolong la sy doakan sy kuat mengharungi semua ni


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.