Header Ads

6 Foto Perkahwinan Sekitar 3 Bulan Lepas Arwah Mohamad Fandi Yang Maut Di Highway Sungai Dua, Penang



Baru-baru ini satu video yang merakamkan sebuah kereta yang dipandu laju melawan arus di lebuhraya PLUS jadi viral. Namun tiada insiden melibatkan pengguna jalan raya yang lain. 

"Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.

"Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.

yang menyayat hati, insiden yang mengerikan ini berlaku tatkala baru 3 bulan Arwah meansungkan perkahwinan bersama pasangannya, namun apakan daya sudah suratan takdir dan mungkin tuhan menyayangi arwah.

rata-rata netizen marah dengan kejadian yang berlaku, di harapkan semua pihak bertenang dan biarkan pihak polis yang menjalakan siasatan.







Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.








No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.