Header Ads

Aksi Romantik Pasangan Warga Emas Sentuh Hati Lebih 60 Juta Pengguna Facebook




Salah satu perkara yang paling kita semua inginkan dan impikan dalam hidup ini ialah memiliki pasangan yang setia hingga ke akhir hayat. Selepas mendirikan rumahtangga, kita juga inginkan perhubungan itu terus kekal untuk selama-lamanya dan kebahagiaan yang berkekalan tidak akan tercapai tanpa cinta sejati.

Cinta sejati itu harus dibuktikan, tidak cukup dengan hanya kata-kata sahaja. Bicara manis tentang cinta sejati itu mudah tapi membuktikannya dengan sikap dan tindakan itu amat sukar kerana ianya memerlukan perjuangan dan usaha murni.

Berikut adalah gambar yang diambil dari sebuah video yang viral ketika ini di laman media sosial di mana seorang warga emas menjemput isteri tercintanya. 

Kelihatan beliau membawa sejambak bunga menunggu sang isteri yang tampaknya baru tiba di lapangan terbang. Ketika isterinya muncul, dia kelihatan sangat gembira lalu dia memeluk dan mencium si isteri dengan penuh romantik.

Sikap, tindakan, dan bahasa tubuh tertentu boleh menjadi bukti cinta sejati. Meskipun tanpa kata-kata, apa yang kita beri dan lakukan untuk pasangan, menunjukkan betapa dalamnya makna cinta dan kasih sayang terhadap diri mereka.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.