Header Ads

Bapa Biar Anak Terkencing Dalam Cawan Cetus Kemarahan Netizen Singapura




Pelik dengan sikap sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak membuang air di tempat awam. Di mana rasa malu dan juga sivik mereka?

Kejadian yang berlaku di Singapura baru-baru ini, membuatkan ramai yang berasa loya dan juga jijik dengan sikap seorang pelancong dari China ini. 

Memetik laman Stomp, seorang netizen berkongsikan gambar tersebut yang jelas memaparkan seorang bapa menadah anaknya yang sedang terkencing menggunakan cawan plastik di sebuah cawangan McDonald's.

Yang menjijikkan dan juga mengaibkan, bukan sahaja dilakukan di tempat terbuka sebaliknya menggunakan perkakasan yang dijadikan tempat makan minum sekaligus membuatkan ramai berasa marah dengan tindakan itu. 

Tidak diperincikan pula lokasinya namun gambar tersebut kini mendapat perkongsian hampir 5,000 kali sejak dimuatnaik sejak Jumaat lalu. 

Seorang netizen berkata,

"Jika saya ada di sana, saya akan suruh lelaki itu beredar."

Manakala, seorang lagi cuba mempertahankan tindakan warga China itu,

"Sekurang-kurangnya dia tidak membiarkan anaknya terkencing atas lantai."

Kesimpulannya, tindakan orang sekeliling juga dalam hal ini mampu mengelakkan hal sedemikian berlaku. Dan kepada para ibu bapa di luar, pastikan perlakuan anda tidak menyusahkan orang lain di luar sana.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.