Header Ads

Polis Tahan Lelaki Paksa Anjing Makan Kucing




Sering kali berlaku segelintir manusia yang bertindak melakukan penderaan ke atas haiwan sehingga menyebabkan kematian.

Terbaru, polis Dubai telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam rakaman video seekor anjing diberi makan kucing yang masih hidup, sebagai hukuman selepas haiwan itu memakan beberapa ekor burung. 

Memetik laporan Daily Mail, video terbabit yang dikongsi secara meluas di media sosial, menunjukkan seorang lelaki memberi makan dua ekor anjing Rottweilers, seekor kucing yang dalam ketakutan. 

"Kamu makan burung merpati dan ayam kan," kedengaran suara seorang lelaki berkata demikian kepada seekor kucing, ketika ia dibaham seekor anjing. Beliau juga didengari berkata: "Makan kucing, makan". 

Kelmarin beberapa akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, lelaki yang memuat naik video itu sudah ditahan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu adalah individu yang sama kedengaran dalam rakaman berkenaan. 

Akhbar harian The National yang memetik pegawai Jabatan Siasatan Jenayah polis Dubai, Mejar Jeneral Khalil Al-Mansouri, berkata individu yang terbabit dalam aktiviti penganiayaan haiwan bakal berdepan hukuman penjara dan denda. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.