Header Ads

Hanya Kerana Mee Maggi Pelajar Dibelasah Tujuh Senior Sampai Cedera Teruk




Kejadian buli di sekolah berasrama penuh sudah menjadi kelaziman. Ada kes buli tersebut menjadi agak serius. Terbaru, seorang pelajar tingkatan dua MRSM Baling kini terlantar di hospital akibat pendarahan dalaman dan saluran pernafasan yang rosak akibat dibelasah pelajar senior. 

Kejadian berpunca apabila beberapa pelajar senior menyuruh mangsa dan beberapa kawannya memasak meggi kepunyaan mangsa. Akibat berang dengan tindakan senior tersebut yang kerap mengambil barangan mereka, mangsa dikatakan mencampurkan bahan-bahan asing seperti ubat gatal, deodorant, ubat kumur dan minyak cap kapak. 

Namun pelajar senior menyedari mee tersebut dicemari dan dibuang ke dalam tong sampah dan menyuruh mangsa-mangsa buli untuk makan mee tersebut dari dalam tong sampah. Mangsa enggan berbuat demikian lalu tujuh pelajar senior membelasahnya bertubi-tubi. 

Bapa saudara mangsa Azali Hidzir mempersoal kenapa kejadian buli ini boleh berlaku di sekolah berasrama penuh yang bagus seperti MRSM. Berikut status beliau. 

Pada 5 March 2017 lalu lebih kurang jam 12 tgh malam,satu kejadian buli dan pukul beramai-ramai oleh pelajar senior (tingkatan 5) seramai 7 orang terhadap pelajar junior sehingga menyebabkan pelajar yang di buli dan dipukul itu terlantar di hospital akibat pendarahan dalaman dan juga kerosakan saluran pernafasan. 

Mangsa merupakan anak saudara saya iaitu pelajar tingkatan 2 di sekolah tersebut.Akibat dari kejadian itu,perut anak saudara saya terpaksa di bedah untuk mencari punca pendarahan.Tambahan pula,dia kini berada dalam keadaan trauma.

Persoalan sekarang,bagaimana kejadian ini boleh berlaku di sekolah yg mempunyai ranking/status sekolah yg bagus iaitu MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM).Apakah atau bagaimanakah pemantauan pihak sekolah dalam menangani perkara2 mcm ni dari berlaku?.

Dan juga dari maklumat yg diterima salah seorang pelajar yg terlibat mempunyai rekod 4 kali bertukar sekolah kerana kes yg sama dilakukan disekolah terdahulu.MENGAPA pihak MARA boleh membenarkan pelajar2 yg mempunyai rekod sebegini meneruskan persekolahan,malah boleh bertukar2 dari satu MRSM ke MRSM lain?.Bagaimana pula pihak MARA menilai dari segi qualiti pelajar2 mereka sebelum di terima masuk ke sekolah2 ini?

Pihak kami tidak akan berdiam diri dan akan memastikan perkara ini dibawa ke muka pengadilan serta pelajar2 yg bermasalah ini mendapat hukuman yang setimpal di atas perbuatan mereka.Kesan dari kejadian ini,sesi persekolahan mangsa terjejas dan atas nasihat doctor juga segala activiti sukan yg digemari mangsa tidak dapat diceburi lagi.

Diharap anak saudara saya akan kembali pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.