Awas Pelancong Wanita! Pemandu Teksi Ditahan Polis Selepas Rogol Dan Tinggalkan Pelancong Di Tepi Jalan
BANGKOK - Seorang pemandu teksi di Nonthaburu ditahan pihak polis selepas dilaporkan merogol seorang pelancong wanita dari Brazil.
Memetik laporan News Network Asia, pemandu teksi itu, Khamkhuncharoen Khonchaturas berusia 44 tahun ditahan polis selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah.
Dia didakwa merogol dan meninggalkan pelancong wanita itu di tepi jalan di Suphan Buri pada Selasa lalu.
Pelancong wanita itu memberitahu, dia telah mengambil teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang menuju ke Soi Thonglor selepas terbang dari Kuala Lumpur.
Post a Comment