Header Ads

'Jangan Perlekeh Kami Kerana PJJ, Kami Pun Nak Juga Duduk Sama'




Aku S, duduk di JB, bekerja, ibu kpd seorang anak, dan baru sahaja 2 tahun berkahwin. Baru lagi tahap PJJ aku ni, sbb kalau nak diikutkan, ada org yg dah berbelas & berpuluh tahun dah PJJ. 

Di sini, aku nak ceritakan apa yg orang kena hadapi bila memilih PJJ, berdasarkan pengalaman aku yg singkat ni. Orang luar nampak PJJ ni mcm sweet je, tapi pada hakikatnya, org yg hadapi je yg akan tahu.

Aku dah mula dgn hubungan jarak jauh sejak dr zaman bercinta lagi. Kiranya bila start bercinta, suami aku memang dah berkerja di KL. Kalau jumpa,dua bulan sekali. Kalau nasib baik sikit, sebulan sekali. 

Kiranya bila kami ambil keputusan utk bernikah, pada aku, mesti tak ada masalah, sebab sebelum ni kami ok je tanpa perlu jumpa selalu. Kira lagi ok sbb kami akan berjumpa seminggu sekali. Pada waktu tu, aku agak, alah, ni semua kacang goreng je (dgn nada berlagak)Tapi, padan muka aku sbb dugaan aku meleset dgn tahap melecetnya..

Bercinta jarak jauh dan berkahwin jarak jauh sgt berbeza realitinya. Bila bercinta, kita masih lagi 2 entiti yg berbeza. Kalau jumpa pun, setakat makan, jalan-jalan, itu je. Tak banyak yg boleh dibuat bersama. Semuanya masih berbatas. Ikatan tu pun tak diyakini kekal. Masih belum sampai tahap ‘soulmate’. 

Tapi selepas je akad nikah, 2 entiti akan menjadi satu. 2 jasad, 1 nyawa. Bila nyawa lagi satu tak ada, nyawa yg lagi satu akan melayang-layang. Masa ni baru perasan, bila suami tak ada, rasa kosong je. Hanya mampu tgk gambar atau video call atau whatsapp. Berbeza kalau ada orgnya depan mata.

Jika ada antara pasangan diluar sana yg memilih utk berPJJ, maka perlulah mereka bersedia dr beberapa perkara:

1. Emosi dan mental

Kita kena sedar bahawa pasangan tak sentiasa ada depan mata. Bila ada benda yg nk dikongsi, hanya call & whatsapp tu la penghubung. Kalau tgh sedih, jgn la berangan ‘akan ku seka air matamu’, lap je la air mata sendiri. Kadang-kadang kita rasa agak cemburu dgn kwn yg sebumbung dgn suami masing-masing, tapi itu kan rezeki mereka. 

Tak perlulah nk cemburu lebih-lebih. Bila PJJ, kalau merajuk, jgn la harap suami pujuk dgn kadar segera. Kadang-kadang, kita merajuk pun, suami tak tahu. Harap la bersabar ye. Bila sendiri, kena la kuat. Tak boleh nk sedih selalu, tak boleh nk nangis selalu. Tak boleh nak cemburu memanjang. Ini kan pilihan yg kita pilih sendiri . Tak boleh nak mengeluh. Apa yg kita boleh buat, adalah usaha utk tinggal sebumbung, dan doa semoga segalanya dipermudahkan.

2. Berdikari

Ni penting. Lebih-lebih lagi bila mengandung dan ada anak. Kita tak boleh nk suruh suami ada depan mata 100%. Dia pun ada tanggungjawab dia. Ada bleeding waktu mengandung? Takkan nk tunggu suami balik hujung minggu kan? Makanya memandu la sendiri pergi hospital. Checkup perut? Pergi la sendiri. Rasa tak sihat? Pergi klinik sendiri. 

Rasa mengidam nak makan cocnut shake di hari rabu? Pergilah sendiri, tak payah nak mengada nk tunggu hujung minggu, ada pulak sambil tidur asyik mimpi coconut shake. Tetiba ada rasa contraction waktu kat pejabat? Memandu ke labour room sendiri. Sampai nurse buat muka sedih bila dia tahu aku memandu sendiri ke labour room. Terus dia tolong daftarkan wad utk aku. Huhu. Anak tak sihat? Berjaga malam sendiri. 

Mentol lampu bilik terbakar? Pergi Mr DIY, beli mentol sendiri, pasang la sendiri. Takkan nk bergelap berlilin sampai hujung minggu. Ada pulak nk tukar pampers anak malam-malam sibuk kena meraba-raba.

3. Percaya

Ini sgt penting. Kau tak tahu apa da buat kat sana, dan dia tak tahu apa yg kau buat kt sini. Kau pun tak tahu apa yg dia cakap tu bohong atau benar, dan begitu juga la sebaliknya. Bila tak percaya, akan ada macam-macam andaian jahat. Contohnya, bila suami tak angkat call, dlm kepala dah fikir suami tgh sembang dgn perempuan mana tu? Sedangkan sebenarnya suami sakit perut, ulang alik masuk toilet. 

Bila tak percaya, suami bgtahu perkara sebenarpun, tetap tuduh suami curang. Itu yg sebabkan boleh berlaku salah faham. Bila berjauhan ni, akan ada kawan yg akan racun minda kau dgn fikiran negatif. Mintak jgn fikir lebih-lebih ye. Nanti diri sendiri merana.

4. Jujur

Ini pun penting jugak. Kena jujur dgn pasangan masing-masing. Cerita semua pasal kawan-kawan kat opis, cerita aktiviti harian tanpa berselindung, kalau suami nk bukak HP, bg je die godeh apa-apa dlm tu. Kalau ada whatsapp dgn org berlainan jantina sekalipun, tak payah padam. 

Buat apa nk padam kalau benda tu hanya cakap pasal kerja? Tak payah nk sorok apa-apa. Kalau kita padam, kita seolah-olah nk sorok sesuatu. Lagi byk kita tak jujur, mcmana kita nak ada rasa percaya?

5. Duit

Akan byk pakai duit. Sebab jarak perjalanan. Duit tambang bas, minyak kereta. Belum masuk lagi duit belanja makan-makan luar kalau jumpa. Duit line telefon, duit internet yg bagus utk video call. Belum kira lg duit celah-celah yg kita tak tahu dr mana asalnya. Kalau nk ikutkan logik, bila ada 2 dapur, lg byk belanja dr 1 dapur. Bila dikira hujung tahun, kalau simpan duit tu, maunya dah boleh guna pergi melancong. Hahaha.

6. Masa

Bila PJJ, kena faham yg masa bersama tu terhad. Kiranya, pada waktu bersama tu, letak la tepi segala gadget tu. Luang masa bersama. Lupakan kerja, lupakan pasal benda-benda lain. Jgn cemarkan masa singkat bersama tu dgn bergaduh benda yg remeh. Tak berbaloi pun. 

Contoh la, suami balik rumah hari Jumaat, sabtu pagi tu bergaduh, lepas tu masam muka sepanjang hari sampai hari ahad pagi. Ahad pagi baru mood baik. Dari 3 hari waktu emas bersama, jd sehari hari je. Kan dah rugi?

7. Saling memahami

Kena saling memahami. Kena faham ada masa suami tak dapat balik rumah kita atas faktor kerja, jadi kita la yg kena pergi rumah suami. Kalau suami tak dapat belikan benda yg kita nk waktu mengidam, kena la faham sbb bukan sepanjang masa dia boleh ada depan mata. 

Kalau suami tak dpt nk teman waktu checkup anak, jgn la merajuk muncung mengalahkan angsa. Kita faham masalah suami, dan suami pun perlu faham masalah kita. Komunikasi tu penting. Saling memahami tu terbentuk atas komunikasi yg berkesan.

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi buat masa ni, ini je yg aku boleh fikir. Aku agak kagum dgn pasangan PJJ yg hanya jumpa sebulan sekali, waima setahun sekali. Mmg sungguh tabah hati kalian. Kepada mereka yg memperlekehkan kami ” Eleh, setiap kali hantar suami pun nak nangis. 

Gembeng betul”, aku nasihatkan, sediakan tisu berkotak kalau suami kau kena pergi outstation 2 hari. Jgn perlekeh kami. Kami ni nak jugak duduk bersama, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Kami semua ada sebab kami tersendiri. Doakan la kami yg PJJ ni sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan kami.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.