Header Ads

"Jika Tiada Perubahan, Terpaksa Memilih Pilihan Terakhir" - Ibu Thaqif Luah Perasaan Kemungkinan Tangan Kanan Dipotong




Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, pelajar tahfiz yang kesnya dipukul oleh seorang warden dilaporkan masih lagi kritikal dan tidak sedarkan diri kerana masih di bawah pengaruh ubat yang diberi. 

Ibu pelajar tersebut masih berasa bimbang melihat tangan kanan anaknya itu yang semakin kecut dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan buat anaknya itu. 

"Ya Allah Sembuhkanlah Anakku"

Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemarinya tangan kanannya makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...

Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelh Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...

Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tgu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....

Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar 

Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...

Mohon doa rakan-rakan...utk keajaiban tangan kanannya dan diberi kesembuhan buat dirinya..

Memetik laporan Harian Metro, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan untuk meluangkan masa dan menziarah adik Mohamad Thaqif. 

Raja Zarith Sofiah bertitah supaya semua pelajar tahfiz yang dipukul di tapak kaki menjalani rawatan susulan kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi. 

- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.