Header Ads

Kadang-kadang Bahagia Itu Hanya Sekejap Sahaja




Saya berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun dengan lelaki pilihan saya sendiri..bercinta lebih kurang 5 tahun..dan dikurniakan seorg cahaya mata..masa bercinta semuanya indah..tapi masa berkahwin ni saya xpenah rasa kebahagiaan mcm pasangan lain..mungkin kdg2 bahagia tu hnya sekejap ja..adakah saya seorang yg beremosi?

Nak dijadikan cerita, saya tinggal dengan ibu mertua, saya dan suami PJJ, kami berdua sama2 mempunyai kerjaya masing2. Semasa suami saya bertugas, saya akan tinggal d rumah ibu bapa saya sendiri, apabila suami balik, saya terpaksa mengikutnya balik ke rumah ibu mertua, di sana saya tersangatlah tidak selesa sehingga kan rasa tak tahu nak gambarkan. 

Bab masakan, saya selalu ditegah utk masak oleh ibu mertua, suami pun jarang sangat nak makan masakan saya. Kadang2 saya teringin nak jadi sorang isteri yg blh jaga makan pakai suami. Tapi semua tu tak pernah saya nk buat sepanjang tempoh 3 tahun perkahwinan saya. 

saya tersangatlah terasa dan sedih sangat..memandangkan suami anak bongsu, dia mcm lebihkan ibubapanya, yaa memang syurganya ditapak kaki ibu, tapi saya isterinya. saya sedih sgt, bila balik sini kami jarang bersembang, bergurau senda, kurang berbincang..stress sangat dpat suami mcm ni. 

Yela kami jumpa seminggu tu dalam 4hari ja. So nak jugak sembang, bincang apa yg ptt. Tp balik asyik diam ja..mmg dia agk pndiam brbnding saya yg agk peramah. Rasa sunyi sangat.

Dan satu lagi, bab nafkah zahir, x dinafikan gaji saya lebih besar dr gaji suami. Tapi adakah dia lari dr tanggungjawab untuk memberi nafkah zahir pd saya walaupun sehari seringgit? Bukan nk berkira, tapi dah macam saya yg banyak tanggung.

- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.