"Orang Nampak Kami Pasangan Bahagia, Tapi Sudah Setahun Lebih Saya Pendam Rasa Sedih"
Lama dah saya nak minta pdpt tp tak tahu kpd siapa saya nak luahkan . Ada kawan rapat pun saya nampak dia jenis yg tak blh simpan rahsia sbb byk cerita kawan2 yang dia cerita...
Begini.
Saya dah lama kawen. Dah lebih 20 tahun. Bahagia. Entahlah. Terlalu subjektif untuk diterangkan. Bagi orang lain ...kami dianggap pasangan paling bahagia. Bahagialah kot. Anak dah 6. Syukur sangat2.
Kami merupakan pasangan berkerjaya. Gaji besar...tapi saya tak pernah pegang gaji saya. Semuanya saya serahkan kpd suami untuk urus ( mesti ramai yg cakap saya bodoh kan ). Walaubagaimanapun, semua yg saya nak suami belikan. ..tapi kadang2 saya terfikir nasib jika apa2 berlaku...simpanan mmg langsung tak ada tapi hasil kerja selama ni kami dah berjaya membeli aset 3 buah rumah dan tanah.
Pernah saya suarakan utk urus duit sendiri tapi suami selalu marah dan kadang sampai tahap dia nak lepaskan saya....ada beberapa kali. Saya jadi malas nak bincang. asal bincang mesti nak bergaduh.
Dalam 3 tahun kblkgn keadaan agak teruk. Untuk pengetahuan suami saya jenis suka terlibat dgn bisnes2 yag tak jelas. Ada yang untung tapi byk yg rugi. Saya byk tegur. Dia marah. Kata tak bagi support. Akhirnya saya byk diam. Kadang2 kami tak bercakap langsung. Bercakap pun bila perlu.
Nak jadi cerita tahun lps dia nampak lain. Biasalah naluri perempuan. Mudah mengesan. Phone dia pun susah nak nampakm seolah2 ada sesuatu yang disembunyikan. Pada suatu hari saya ingin cari sesuatu dlm hp ( tak ada niat lain pun ). Kebetulan saya nampak hp dia.
Entah knp saya tertekan satu nama dlm aplikasi msgger dia. Bagai luruh jantung melihat msg sayang rindu drpnya kpd seorg perempuan tp saya perasan tidak ada satupun respon positif drp perempuan itu. Namun usahanya merayu memujuk buat saya sedih. Sanggup berjaga msg. Bangun pagi subuh2 terus msg. Ambil berat dll.

Saya terus bertanya. Nampak dia terkejut sbb saya tahu hal itu. Dia kata puncanya saya sbb saya abaikan dia... huhu.. saya tak tahu adakah benar saya abaikan. Pakaian makanan mmg saya siapkan. Mungkin layanan agak kurang. Kadang2 dia makan sendiri. Macamana kami nak makan bersama kalau jika dia berada di dapur dan jika saya dtg , dia lari masuk bilik . Begitulah sebaliknya.
Saya terus add perempuan tu n dia terus approved. Saya msg perempuan tu. dia kata dia tak ada apa. Siap sumpah. Wp suami saya tulis mcm2..langsung dia tak tergoda. Perempuan tu nak call saya tp saya tak mahu. Esok saya call. Dia kata dia dah nak kawen hujung tahun . ( mmg skrg dia dah kawen..mmg hujung tahun lps )
Masalahnya sekarang...wp hub suami n perempuan tu dah x ada cuma rakan fb je ( dulu mrk kenal sbb bisnes), namun saya tak dapat lupakan peristiwa tu..Kata2 suami saya utk.terus menyayangi...terus menceriakan...membahagiakan. dan anggap perempuan tu istimewa sampai bila2 tidak dapat saya lupakan.
Apa2 yang berkaitan dgn msg yg dia tulis buat saya sedih. Terdengar lagu2 yg dia tulis lirik dan diberikan kpd perempuan tu buat saya sebak. Untuk pengetahuan suami saya mmg sweet talker...ayat2 yg ditulis kpd saya sblm kawen dulu ditulis kembali kpd perempuan buat saya terasa. Namun apa yg saya sedih semua perbualan dlm msger itu discreenshot dan disimpan dlm 1 fail dlm laptop sblm dipadam dr hp. Biasalah perempuan...senang cari bukti...huhu

Bgmana saya nak hilangkan semua itu. Kini dah setahun...bayangan masih segar. Kasih sayang saya tetap sama tp luka yang ada masih ada parutnya sampai sekarang.
Post a Comment