Header Ads

"Saya Mahu Jadi Huffaz Dalam Masa Dua Tahun" - Nota Ringkas Adik Thaqif Buat Netizen Sebak Dan Sayu




Ketika ini, mungkin rakyat Malaysia bersedih apabila mengetahui seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif telah meninggal dunia. Jenazah Thaqif akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan selepas bedah siasat selesai. 

Kes Thaqif menjadi perhatian apabila dia dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail susulan dipukul oleh pembantu warden kerana membuat bising di surau. Thaqif dan 14 pelajar yang lain dihukum menggunakan getah paip. 

Banyak spekulasi tentang punca kaki Thaqif dipotong. Namun pihak polis meminta orang ramai supaya berhenti dari membuat sebarang andaian kerana kes tersebut masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Malah, pembantu warden itu juga telah ditahan untuk membantu siasatan. 

Nota Semangat Buat Netizen Sayu


Sebuah nota pemberi semangat yang ditulis oleh adik Mohamad Thaqif yang kini dikongsi dalam media sosial telah mengundang rasa simpati netizen berbilang bangsa dan agama. 

"Saya mahu jadi Huffaz dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh. Kau boleh Thaqif.

Cara-cara untuk menjadi Huffaz

i. Dengar cakap ibu bapa

ii. Jaga solat lima waktu

iii. Menghafal surah-surah yang senang dahulu", katanya dalam catatan nota ringkas itu.

Nota yang kini tular di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp mengundang rasa sayu dan simpati netizens berbilang bangsa dan agama.

Mereka menzahirkan rasa sedih berikutan membaca kata-kata semangat Thaqif ke atas dirinya yang berazam mahu menjadi seorang penghafaz Alquran yang berjaya namun cita-citanya itu tidak kesampaian apabila maut datang bertandang berikutan jangkitan kuman yang dihadapinya sejak minggu lepas.

Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.

Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf. Biarlah kita tersilap ampun dari tersalah hukum. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.