Header Ads

'Sebaik Saya Masuk Kereta Lelaki Itu Tiba-TIba Gosok Kemaluan Di Hadapan Saya'




Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang? Ingatkan intelek dan rohaniah akan berkembang seiring dengan pembangunan teknologi, namun semakin teruk pula jadinya.

Sejak kebelakangan ini kita disajikan isu penderaan, pembunuhan, pembuangan bayi, malah yang terbaru seorang peniaga dibelasah sekumpulan remaja samseng.

Dan semalam, seorang wanita dikejutkan dengan kejadian tidak pernah diduganya apabila melihat seorang lelaki 'beronani' di hadapannya.

Menerusi akaun Facebook (FB) miliknya, Qing WcLee memuat naik sebuah video berdurasi 20 saat memaparkan kejadian yang berlaku di tingkat 3, tempat letak kereta, Megalong Mall, Sabah, pada jam 4.52 petang semalam.


"Sebaik saya masuk ke dalam kereta (sudah tabiat saya mengunci kereta selepas berada di dalam kereta), tiba-tiba sahaja lelaki ini 'beronani' di hadapan saya," tulisnya.

Terkejut dengan tindakan mangsa merakam aksinya itu, lelaki berkenaan berlari dan cuba membuka pintu penumpang belakang, namun mangsa membunyikan hon panjang sebelum suspek melarikan diri.

Tidak mahu kejadian sama berlaku kepada orang lain, Qing menasihati semua gadis supaya berhati-hati apabila berseorangan. Perkongsian itu mencetuskan kemarahan dan kebimbangan orang ramai, malah rata-rata menasihati Qing supaya melaporkan kejadian kepada pihak polis.

"Tolong buat laporan polis. Siapa tahu apa yang akan dilakukannya lain kali. Berhati-hatilah semua, ya," komen netizen.

Apa nak jadi sekarang ni? Dah semakin ramai yang tak malu buat kerja tak senonoh di hadapan khalayak. Macam mana Malaysia nak jadi sebuah negara maju macam ni?



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.