Pelajar Tak Puas Hati Ditegur Dan Ditampar Panggil Geng Untuk Balas Dendam Belasah Peniaga
Sekumpulan remaja yang tidak berpuas hati ditegur supaya tidak membuat bising dan menjaga kelakuan di tempat awam membelasah seorang peniaga di Taman Melati. Mangsa yang sedang berniaga barangan muslimah cedera parah dibelasah sembilan remaja di kedainya itu.
Menurut laporan Harian Metro, pekerja kedai berkenaan mendakwa mangsa berusia 30-an menegur seorang pelajar tingkatan dua yang membuat bising serta ponteng sekolah di kawasan berkenaan. Pelajar tersebut melawan dan membalas dengan kata-kata kesat dan menyebabkan mangsa bertindak memukul pelajar tersebut.
Kerana tidak berpuas hati, pelajar berkenaan mengadu kepada abangnya dan kemudian datang bersama sekumpulan rakan dan menyerang mangsa menggunakan besi. Dua orang remaja yang sedang memukul mangsa termasuk abang pelajar berkenaan berjaya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Keluarga remaja berkenaan kemudian membuat laporan polis mendakwa anak mereka dipukul oleh peniaga berkenaan.
Post a Comment