Header Ads

Wanita Berang Baru Keluar Duit RM40 Ribu Tapi Terima Not Palsu Dari Bank




Kalau anda fikir duit yang dikeluarkan dari bank adalah selamat dan tulen, anda mungkin perlu lebih berhati-hati selepas ini. 

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa sebuah bank telah memberinya beberapa keping duit palsu serta rosak kepadanya. Video tersebut berjaya dirakam dan telah menjadi viral di media sosial. 

Dalam video pendek berdurasi 30 saat itu, wanita berkenaan pergi ke kaunter dengan keadaan yang marah ingin berjumpa dengan pengurus bank tersebut. Wanita tersebut menjerit

"Mana pengurus kamu?! Baru tadi saya keluarkan duit sebanyak RM40K dan ini duit yang kamu beri pada saya? Sanggup kamu beri duit seperti ini kepada saya?"


5 keping duit not RM100 yang diterima wanita tersebut berada dalam keadaan yang teruk dan menurut gambar yang dikongsi oleh netizen, duit tersebut telah koyak manakala 2 not palsu yang koyak itu juga telah di tampal oleh pita selefon. 

Tidak lama kemudia, seorang pekerja cuba mententeramkan keadaan dengan meminta maaf. 

"Saya meminta maaf. Kami beri duit yang salah. Kami akan tukarkan dengan yang lain" 

Wanita tersebut bertegas tidak mempercayai pekerja bank tersebut kerana sudah pasti pekerja bank tersebut akan perasan duit tersebut ketika proses mengira wang berkenaan. Wanita itu berkata 




"Jangan buat alasan. Sudah terang kamu nak menipu saya! Bank jenis apa ni!" marah wanita berkenaan."

Video tersebut menjadi viral sejak semalam dan para netizen juga turut membuat andaian sendiri. Antara komen netizen: 

"Kadang-kadang pekerja bank ni saja je tukar duit yang elok kepada yang rosak"

"Pelik juga staff bank tiba-tiba nak tukar terus not tersebut tanpa bertanya apa-apa. Macam dah tahu je" 

Menjawab dakwaan, bank berkenaan telah mengeluarkan kenyataan balas di Facebook rasmi Hong Leong Bank Berhad semalam. 



Jadi, pastikan duit yang anda terima dari mesin ATM atau dari kaunter adalah duit yang betul.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.