5 Penumpang Cedera Pesawat Air Asia X Alami Golakan Di Udara
Lima penumpang cedera apabila pesawat AirAsia X dari Taipei ke Kuala Lumpur mengalami gelora udara pada hari Khamis lalu. Dalam satu kenyataan media oleh syarikat penerbangan tersebut, penerbangan D7377 dari Taipei ke Kuala Lumpur membawa 291 penumpang dan 11 kru mengalami gelora udara.
"Pesawat mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 4.30 petang.
"Lima penumpang yang cedera dirawat oleh pasukan paramedik di lapangan terbang sejurus mendarat.
"Penumpang-penumpang lain diberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,"
Rakaman berhubung insiden pesawat itu menjadi tular di media sosial. Dalam rakaman berkenaan menunjukkan seorang pramugari terbaring di atas lantai dengan beberapa dulang makan berselerak. Seorang lagi pramugara kelihatan terduduk di atas beberapa bekas hidangan.
Terdengar juga suara tangisan wanita dan beberapa suara lain yang menyebut 'jangan bergerak, semuanya akan kembali seperti biasa'.
Seorang pramugari dilihat sedang menenangkan para penumpang yang lain. Kru kabin di atas lantai kemudiannya bangun untuk ke tempat duduk sebelum rakaman tersebut berakhir. - www.kakishare.my
Post a Comment