Penduduk Sabah Ketakutan, Kelibat 'Pocong' Lepak Di Hentian Bas
Polis sedang menyiasat untuk mencari pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung diselimuti kain putih di sebuah perhentian bas di Bandar Leila, Sandakan.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, patung tersebut telah menyebabkan penduduk setempat ketakutan untuk melalui jalan tersebut.
“Kita meminta individu yang menyaksikan kejadian untuk menghubungi IPD Sandakan jika mempunyai maklumat lanjut.
"Saya juga meminta penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. Perbuatan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya seperti yang dilaporkan portal Sayang Sabah.
Penyanyi tempatan Sabah, Rezu Hayr Adinawan juga mendakwa ahli keluarganya ketakutan selepas terlihat ‘jelmaan pocong’ ketika melalui kawasan perhentian bas terbabit.
Disebabkan tidak berpuas hati, Rezu pergi ke sana sebelum mendapati 'pocong' tersebut hanyalah guni yang diselimuti kain putih dan diisi dengan kain kanvas di dalamnya.
Post a Comment