Header Ads

Budu Dan Pegaga Antara Faktor Melayu Di Kelantan Jarang Kena Kanser Perut




Kajian mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan kerana dipercayai faktor budu dan pegaga.

Utusan Malaysia melaporkan antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini seperti yang diterangkan oleh Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.