Header Ads

Cemburu Tak Tentu Pasal, Lelaki Dibelasah Dan Disimbah Air Panas, Bapa Saudara Mangsa Tampil Cerita Detik Kejadian




Kerana sikap cemburu dan tidak puas hati, seorang lelaki menjadi mangsa apabila dibelasah teruk dan juga disiram air panas oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buloh, semalam.

Harian Metro melaporkan dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun cedera di muka, badan serta melecur di belakang badan, bahu kiri dan leher. Dikatakan mangsa dibelasah kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dalam proses cerai dengan suaminya.

"Mangsa dipercayai dibelasah sekumpulan 10 hingga ke 15 lelaki. Bagaimanapun, tujuh daripadanya ditahan termasuk suami kepada wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa," kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Dalam pada itu, kisah dan gambar mangsa telah menjadi tular di media sosial selepas seorang yang dipercayai sebagai saudaranya menceritakan detik kejadian. - www.kakishare.my
 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.