Header Ads

Gadis Albino Tarik Perhatian Dunia, Digelar 'Snow White' Kerana Putih Bak Salji




Bila kekurangan diri sebaliknya dijadikan sebagai kekuatan, maka ia mampu membentuk satu impak luar biasa. Itulah yang berlaku kepada seorang anak gadis yang masih berusia 8 tahun ini. 

Nariyana, lahir sebagai seorang kanak-kanak dengan keadaan albino yang secara nyatanya berbeza dengan rakan dan juga adik beradiknya yang lain. Pun begitu, dia yang berasal dari Siberia kini menjadi perhatian dunia dan dijadikan seorang model yang sangat cantik dan mempesona. 

Mempunyai kulit, rambut dan seluruh anggota tubuhnya yang bukan sahaja putih malah nampak pucat serta berbeza dengan rakan-rakannya. Namun, tidak sesekali ia membuatkan Nariyana berasa sedih. 



Dia digelar sebagai 'Snow White' kerana penampilannya itu yang putih bersih bak salji. Memetik Dailymail, disebabkan itu banyak agensi model dan juga pengiklanan yang mahu mengambil gadis ini sebagai model mereka. 

Namun, ibunya Elena masih belum bersedia melepaskan anaknya dan hanya membenarkan dia meneruskan hobi dalam tarian dan juga melukis sahaja buat masa ini. 

"Nariyana sangat suka menari dan melukis pada waktu terluang. Apabila dewasa nanti, biarlah dia memilih untuk menjadi apa dalam kerjayanya.

"Dan apabila saya bertanyakan hal itu, ternyata anak saya memang mahu menjadi seorang model kelak," ujar ibu ini. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.