Header Ads

Tak Sangka Kelahiran Awal, Wanita Hamil Sambut Anak Dalam Kereta




Proses melahirkan anak sememangnya merupakan pengalaman yang memberi kesan mendalam buat seseorang ibu setelah sembilan bulan mengandung anak. 

Namun demikian, memetik laporan Sinar Harian, Nurul Farahana Shaari berkata dirinya langsung tidak menyangka melahirkan anak kedua di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. 

Menurutnya yang kini ditempatkan di Hospital Gua Musang (HGM), pengalaman di luar jangkaan itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. 

"Mengikut kiraan, saya dijangka bersalin pada 10 Mei ini. Jadi, saya memilih untuk pulang pada 30 April lalu bersama adik ipar kerana suami, Saharudin Abd Manaf, yang juga anggota bomba di Perak, terpaksa bertugas pada waktu itu."

"Semasa proses kelahiran, adik ipar saya yang menyambut anak. Selepas itu, wanita Cina itu membantu memotong tali pusat dengan pisau kerana tiada sebarang kelengkapan lain. Ada yang menghubungi ambulans dan mengawal lalu lintas."

Sementara itu, Farahana tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi yang menghulurkan pertolongan dan seorang wanita Cina yang berkereta turut membantu memotong tali pusat bayinya.

"Apabila proses kelahiran selesai, adik ipar kembali memandu dan membawa saya ke hospital dengan iringan pasukan konvoi tersebut."

"Alhamdulillah, walaupun bersalin di jalanan, saya dan bayi dengan berat 3.3kg semuanya selamat."

Kata Farahana lagi, pengalaman ini membuatkan dia akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.