Header Ads

Kastam Tak Jadi Kenakan GST Kepada 60 Barang Makanan Seperti Yang Diumumkan Sebelumnya




Sejak cukai barangan GST 6% yang diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 yang lalu telah mengakibatkan rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak terkesan dengan peningkatan harga barang. 

Mengikut laporan The Star, pada 1 Julai ini lebih 60 jenis bahan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Antara barangan yang dikenakan GST ialah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi. 

Ketua Pengarah Jabatan Kastsam, Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan barang yang bakal dikenakan GST ialah yang jarang digunakan oleh orang ramai. Susulan dari itu, ramai netizen merungut dan berang dengan tindakan mengenakan GST bagi sesetengah barang yang dahulunya tidak dikenakan GST seperti kentang, bihun dan kuehtiaw. 

Dalam kenyataan media terbaru yang dipetik dari Facebook Jabatan Kastam Diraja, keputusan untuk mengenakan cukai tersebut telah dibatalkan. Baca kenyataan penuh dibawah. 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.